Aku follow cerita pasal Sam (Samantha) ni dari tahun 2008 lagi. Bulan 2 tahun tu ada kebakaran hutan yang teruk kat Victoria, Australia. Lebih kurang 173 orang telah tebunuh dalam kebakaran tu. Kalau manusia yang dok luar hutan pun terkorban, apatah lagi binatang yang dok dalam hutan kan? Kita tinggal jap cerita manusia terkorban pasal aku nak cerita kisah sekor koala ni. Masa tengah padamkan kebakaran hutan sorang ahli bomba sukarela, Dave Tree telah terjumpa sekor koala. Keadaan koala tu agak teruk ngan tapak kaki & tangan melecur. Ni adalah petikan kata2 Dave masa tu..
"You can see how she stops and moves forward and looks at me. It was like a look saying "I can't run, I'm weak and sore, put me out of my misery."
"I yelled out for some water and I sat down with her and tipped the water up. It was in my hand and she reached for the bottle then put her right claw into my left hand which was cold so it must have given her some pain relief and she just left it there. It was just amazing."
Kisah Dave bagi koala minum air ni telah dirakam dan di upload ke Youtube. Korang taip ja Sam the koala sure dapat punya. Dalam beberapa hari ja ia menjadi topik hangat seluruh dunia. Surat khabar seperti Times, Herald Sun dan lain2 banyak buat liputan. It's a new phenomenon. Ramai orang terharu ngan kisah tu & Sam telah menjadi ikon harapan baru untuk mangsa2 yang terselamat dari kebakaran tersebut. Sam ditempatkan di Southern Ash Wildlife Centre bersama ngan koala2 lain yang berjaya diselamatkan. Ia juga menjadi kebanggan rakyat Australia.
Kecederaan Sam agak teruk & doktor kata ambil masa dalam 8 bulan untuk recover. Walaupun dah recover skit tapi sebenarnya Sam mengalami Chlamydia, sejenis penyakit yang menyerang lebih kurang 50% populasi koala di Australia. Pada bulan Ogos 2008, doktor yang merawat Sam kata penyakit tu dah teruk & takleh recover. Dalam keadaan Sam menderita, diorang buat keputusan untuk put her to sleep. :(
Setelah dipersetujui pelbagai pihak, Sam telah diawet & diletakkan di Melbourne Museum untuk tatapan umum bermula pada 13/1/2010. She's now "immortal". Kat atas tu adalah gambar Sam yang telah diawet.
Aku sebenarnya agak berbelah bahagi ngan kaedah awet ni. Dari 1 pandangan, kita masih bleh tengok rupa bentuk sebenar binatang yang telah mati/pupus. So generasi akan datang akan tau/kenal/belajar. Tapi dari 1 pandangan lain plak, kaedah ni cam tak hormat the body/corpse itself. So which one are you? Hmm..
Details korang bleh klik link kat bawah ni:
Koala Express
Rest in peace Sam. :(
6 comments:
Adoi, sedih laa pulak citer si Sam ni.. Takpe, si Sam ni pon dah goes to heaven. Awet or not, belakang kira kot?? Tapi kalau awet aku rasa bagus gak coz generasi akan datang akan kenang peristiwa ni sampai bila2. Itu pendapat aku laa. Nice entri bro.. XD
thanks bro. aku pun rasa awet ok gak. kalu tak orang tak tau kisah dia. btw, kalu ko tengok video dia kat youtube memang agak touching skit. aku ni memang ada soft spot kat haiwan2 comel, haha. :P
Touching story!
aku suka diawet... - totis
dey totis. hang kan ada blog. pasai apa guna anonymous plak, haha. :P
Sam memang sempoi !!!
Post a Comment