Tuesday, January 19, 2010

FRINGE.

Ni adalah siri tv baru kat NTV7 tiap hari Sabtu kul 830 pm. As of last Saturday baru episode 3 untuk 1st season. Tapi siri ni sebenarnya dah lama kat US. Tahun 2008 lagi. Skang dah 2nd season kat sana. Created by JJ Abrams (Alias, Lost, Star Trek..). Pasal apa aku suka siri ni? Pasal ianya mengingatkan aku kat The X-Files (my all time favourite tv series). Cerita pasal penyiasatan kes "pelik2" oleh sorang agent FBI & 2 orang scientist.


The main cast. L to R: Peter Bishop (Joshua Jackson), Walter Bishop (John Noble) & Olivia Dunham (Anna Torv).


The gang.


Aku bleh katakan siri ni memang inspired by The X-Files. Tapi tak bermaksud diorang tiru pasal kes2 berlainan & cara pendekatan untuk settle kes pun lain. Main cast pun cam alternate version of The X-Files. Kali ni agent FBI adalah pompuan (Olivia) & partner/scientist adalah lelaki (Peter). Cara Peter lebih kepada scientific evidence & teknikal tapi Olivia lebih kepada pengalaman & agak skeptic. Anything goes style. Btul kan aku kata cam The X-Files, hehe.

Dalam 1st episode Olivia & partner/bf dia (John Scott) siasat kes penumpang sebuah kapal terbang yang mati dalam keadaan pelik. Suma melted. Semasa dalam siasatan John terdedah kepada sejenis bahan kimia. Badan dia jadi translucent. Olivia nak mintak tolong sorang "mad scientist", Walter. Tapi dia plak ada kat pusat rawatan mental. So Olivia kena mintak tolong anak Walter, Peter untuk yakinkan bos dia untuk bawak kuar Walter & benarkan Walter buka semula makmal dia kat Harvard. Maka dari sini la diorang mula jadi team.

2nd episode aku tak sempat tengok tapi 3rd episode kisah sorang pompuan yang pregnant hanya beberapa jam pas sexual intercourse & terus deliver a baby. Baby tu plak aging within hours & terus mati. Agak menarik pasal melibatkan pelbagai pihak termasuk sebuah firma "misteri", Massive Dynamics. Ni suma in the tradition of The X-Files la. Ada characters yang cam Cigarette Smoking Man (CSM), Deep Throat.. aku suka! Haha. :D


Salah 1 cool factor.. nama lokasi untuk every scene diorang buat dalam bentuk 3D. Nampak tak nama Massive Dynamics tu? Kalau The X-Files tiap kali tukar lokasi ada tulis nama tempat, tarikh & masa. So dalam Fringe diorang buat kelainan skit la.



Agent Olivia Dunham yang dilakonkan oleh Anna Torv. She's an Aussie babe. Tak kenal? Aku pun, haha. :P But she looks good in that attire. Reminds me of Agent Dana Scully. ;) Aku tak nampak chemistry antara Olivia & Peter. Cam tak match la, haha. Better lagi Mulder/Scully & Booth/Brennan (Bones).



Apa2 pun aku nak layan sampai abis season 1 dulu. Aku rasa setiap episode akan bertambah menarik. Season 1 dvd boxset pun dah kuar kat kedai "lanun" Amcorp. Kalu miss banyak episode beli ja, haha. So aku ucapkan selamat menonton untuk korang. :)

No comments: