Tuesday, March 24, 2009

WAJAH BARU!

Ahad lepas table aku & Aedy dapat make-over. Yang baru ialah.. table cloth! Haha. Dulu table cloth kami( Cikgu Hedda yang sponsor ) singkat & tak cover abih table. Dah 3 4 kali kena sound ngan Siti & kuncu2nya( depa ni la yang dok handle booking table kat Amcorp Mall ) pun. So last week kami decided nak "bertukar". Ni lah dia table cloth baru yang dibeli kat Kamdar Putrajaya. Color maroon lagi tu. :D


Tu dia.. cantik kan? Paling best masa table sebelah kami kena sound ngan Siti, dia jadikan table cloth kami sebagai contoh. Wakakaka. So skang dia takleh sound kami lagi la. Kebetulan plak last week banyak barang pasai Danger Mouse & Boyarque join forces. Orang pun ramai gak that day compared to 2 3 weeks back. Alhamdulillah, sales ok gak.


Tengok tu.. ada sorang penduduk Cybertron sesat kat Mos Eisley Cantina. Barang2 Transformers tu dia punya la.

"we don't serve your kind here"

Hahaha! :P

Monday, March 23, 2009

SEHARI BERSAMA BELON UDARA PANAS.

Haa.. baca tajuk tu betui2. Sehari! Dari kui 830 am sampai 900 pm aku, Aedy & Raflis lepak situ amik gambaq. Well, technically 12 hours ja. Tapi kalu dah dari matahari terbit sampai terbenam, kira sehari la kan? Haha. Eh, lupa plak.. sebenaqnya kami layan 1st Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2009. Mula dari 19/3 sampai 22/3. Kami pi hari Sabtu. Aku jadi host/tour guide untuk Aedy & Raflis since depa dari PJ, haha. Detail pasai event tu bleh tengok kat website bawah ni..

>click here<

Ok, ni ja gambaq2 aku bleh share kat sini. Actually banyak lagi. Aku guna compact( Nikon Coolpix 2200 ), so kualiti dia camni ja la. Ni yang membuatkan aku bertambah "gila" nak beli DSLR. Arghh!! Takpa.. coming soon tu, hehe. Anyway, enjoy the pictures. :D
















Thursday, March 19, 2009

AKU BAKAL JADI PAK LONG, YAY! :D

Semalam tepat kui 10.09 pm, aku terdengaq bunyi..

"help me Obi Wan Kenobi, you're my only help"

Ahh.. ada sms. Dari adik aku.

"Tahniah2. Anda akan mnjadi paklong dalam 8blan dri skrang :)"

Haha. Finally.. aku akan dapat anak buah! :D Congrats sis. Tahniah gak untuk abah & mak aku pasai bakal dapat cucu pertama. Nampaknya ahli keluarga aku akan bertambah lagi, hehe. Apa2 pun aku tumpang happy. Dalam aku dok wish congrats kat family, sempat gak depa kenakan aku balik.

"Hakhakhak nak anak buah abg mie lak. Chaiyok2! :)"

"Tq2.. haha.. anak sdiri bila plak?"

Wakakaka! Actually soalan bila nak kawin tu tak relevan lagi ngan aku. Calon pun tadak nak kawin camna kan? Haha. Hmm, later2 ada la kot. Or maybe aku dah serik. Tah la. Mak aku skang dah jadi matchmaker agency untuk aku plak. Abis suma dia nak introduce kat aku. Tu blum kira dia team-up ngan Mak Ngah, Mak Teh & kawan2 dia lagi, haha.

Whatever it is, aku happy sangat hari ni. :D

Friday, March 13, 2009

COMIC PACKS: ANTARES DRACO & GANNER KRIEG.

Ni haul aku Ahad lepas. Thanks to Aedy pasal tolong beli & bagi aku hutang dulu( hutang lagi! :( ). Walaupun aku dah focus kat Original Trilogy( OT ) skang, untuk Sith & some Expanded Universe( EU ) characters ada pengecualian. Hehe. Tapi yang ni bukan Sith, bukan Jedi. Ni adalah Imperial Knights. Diorang kira kat tengah2 la but loyal to the Emperor. Kalu korang nak tau lebih lanjut pasal Imperial Knights, klik link kat bawah. ;)

>click here


Nak tau pasal apa aku beli Comic Packs ni? Haa.. ni la pasal dia..


Gambar kat atas tu adalah Sigel Dare( female Imperial Knights ). Cun kan? Hehe. Figure dia bakal kuar tahun ni gak. Maka dengan itu, complete lah Imperial Knights berdasarkan cover comic Star Wars: Legacy #6. Sila refer gambar kat bawah plak.


Buat masa ni aku tak plan lagi nak buka figures tu. So takleh nak review la. Sorry ya. Maybe pas dapat Sigel Dare nanti bleh buka kot, hehe.

*Cerita Star Wars: Legacy adalah lepas zaman Darth Vader. Pasal tu la dia dalam kategori EU.

Wednesday, February 18, 2009

JAWA & WED TREADWELL DROID.

Ni figure Jawa yang ke 2 based on "purchase of the droids"( A New Hope ) scene. Haa.. kalu korang nak tau, ni la Jawa yang tembak R2D2 masa kat Jundland Waste. Yang 1st release, Jawa & LIN Droid dalam siri 30th Anniversary Collection( TAC ). Tapi aku tadak yang tu.. argh! Apa2 pun aku happy pasal dapat gak yang siri The Legacy Collection( TLC ) ni. Thanks to Danger Mouse pasal jual kat aku( walaupun ujung bulan baru bayar.. pokai! :( ).







Basically aku suka Jawa ni pasal detail. Wrinkle & texture kat jubah, bandolier, kesan kotor.. even seluar pun bleh nampak kat dalam jubah! Kalu Jawa POTF2 kaki dia molded together. Cam base. So takleh nampak kaki la. Articulation memang puas hati. Tengkok, bahu, siku, tangan & pinggang. Kaki dia fixed. Tapi still bleh berdiri elok. Kali ni mata dia just painted in gold color ja. Yang POTF2 ada light up eyes( ada light pole atas kepala ). Tinggi pun aku rasa lebih kurang sama ngan POTF2 version( sorry takleh buat comparison pasal Jawa POTF2 ada kat kampung ).


Aksesori: Blaster with battery pack & lagi 1 tu aku tak tau apa dia. Cam silencer pun ada gak. Maybe "droid caller" kot cam TAC version? Blaster tu attached kat battery pack.



Blaster fit elok dalam holster. Battery pack plak bleh plug in kat bandolier.


Blaster dia pelik skit pasal tadak pemegang. Nasib baik grip tangan Jawa ni kuat. So aku just selit jari dia kat trigger tu ja.



Wed Treadwell Droid ni pun best gak pasal banyak ariculation & detail. Dia ada 8 tangan & suma bleh gerak! Sensor yang cam kepala dia pun bleh pusing. Tayar sekadar hiasan. Takleh rolling.



There you go. Aku memang suka Jawa, walaupun aku bukan orang Jawa atau Madura.. hahaha! :P Tapi berbaloi beli pasal 2 in 1. Jawa dapat, droid pun dapat. Kalu ada Sandcrawler dah bleh buat diorama ni. Ishh.. nak kena cari Sandcrawler plak! Dem. :D

Uttini!

Thursday, February 12, 2009

TIDOQ YANG TERGANGGU & LAIN2.

Aku lewat hari ni. Padahai tidoq awai semalam. Tapi telajak gak. Actually semalam tidoq aku terganggu. Bukan ngan hantu atau puaka niang rapik tapi.. panggilan telepon! Aku rasa dalam kui 4 pagi ada 2 3 call. Aku kalu dah tidoq sorry la nak pick up. Kecuali bunyi ringtone family aku ja. Dah la aku jenis senang terjaga kalu ada bunyi2. Dalam kui 4:30 aku bangun pi toilet. Ingat bleh tidoq balik la. Tetiba bunyi lagi! Aku buat dunno ja. Bila dah abih bunyi aku pi tengok phone pasai tak puas ati. Laa.. Boyak ka. Dia nak apa pagi2 buta ni? Hmm.. sambung tidoq balik. Tapi dalam keadaan susah nak tidoq laa.. argh!

Tit.. tit.. tit.. alarm bunyi. Laa.. rasa cam baru tidoq ja. 2 3 kali aku snooze jam tu. Last2 kui 7:35 baru aku terjaga. Dah lewat! Bangun trus mandi & get dress cam besa. Malas nak kelam kabut. Memang sure aku sampai opis kui 8:30+. Dem.

On the road plak ramai orang bawak keta cam haram. Kalu hangpa nak tau, orang2 Putrajaya ni bleh katakan suma camtu. Laki & pompuan sama ja. Tapi slalu pompuan teruk skit la, haha. Aku memang noobie pasai keta/moto tapi at least aku tak nyusahkan orang atas jalan raya. Kat sini kalu depa nak belok kat simpang memang susah btui la nak bagi signal. Aku pun berenti la ingat depa nak jalan trus. Tah2 belok kiri gak. Haram btui! Kalu dari jauh bagi signal takyah la aku berenti. Dah tu ada lagi 1 spisis yang jenis dah dekat ngan traffic light baru kelam kabut nak tukaq lane. Lepas traffic light tukaq lagi. Gila la! Buat aku emo ja pagi2 ni. Huh.

Kat opis plak ada sorang kakak bawak Honda Civic baru terkial2 nak masuk basement. Adoi.. dah tau keta tu lebaq amik la side awai2. Sampai ke B3 aku kena follow dia. Sakit ati btui. Pastu time nak parking jenis dok adjust nak masuk blakang dulu. Konon nak kuaq satgi senang. Block aku lagi! Ala kak woi.. parking B3 tu tak penah penuh pun. Dah la jenis park kalu bleh nak btui2 depan lift. Haa.. kan tak pasai2 aku emo + maki hamun orang pagi2. Dem. Sampai meja on pc & login Meebo. Nasib baik ada 2 3 orang kawan2 online. Bleh gak sembang2 sat. Ahh.. what a morning.

Sambung keja..

Tuesday, February 10, 2009

DIAL M FOR..

Ni tadak kena mengena ngan crita Alfred Hitchcock tu, Dial M For Murder. Tak kenai Alfred Hitchcock? Laa.. yang buat crita Psycho, Rear Window, The Birds.. cam2 lagi. Classic tu.

Sejak dari awai tahun lagi ada 1 huruf M besaq punya dalam badan aku ni. Bukan tak mau keja, tapi.. tu la, huruf M tu. Damn btui. Lately percentage aku mai keja nak jumpa kawan2 lagi banyak dari nak keja, huh. Tapi aku still mai keja la. Skang ni dah melarat sampai nak buat keja lain pun tak leh. Arghh!! Kuat btui huruf M ni.

Last weekend tak pi mana pun. Lepak umah ja.. layan internet, tv, movie & makan! Haa.. makan adalah acara utama. Rasa lapaq ja, trus pi dapoq. Peti ais dah jadi best friend aku kat umah. Dah 2 weeks in a row aku buat perangai cam ni. Letih badan woi! Kali ni kalu ada cuti hari Isnin lagi, aku nak keja gak. Dah bosan layan cuti, haha. Buat 2 3 kali lagi cuti cam ni, mau aku jadi cam mamat kat bawah ni..

Hey hey hey.. it's Fat Albert.. Na na na.. na na na na..



Dial M For MALAS!

:P

Sunday, February 08, 2009

ACROSS THE UNIVERSE.


Hari tu review toy, kali ni aku try review movie plak. Aku beli dvd ni lama dah, bulan posa tahun lepas lagi. Tapi baru hari ni tengok, hehe. 1st of all, ni crita muzikal. Tapi bukan cam High School Musical yang tah apa2 tu( sorry for the comment ya ).

"All you need is love.. love.. love is all you need"

Yaa.. the immortal words from The Beatles. Crita ni cam convert lirik lagu The Beatles jadi skrip movie. Basically ni kisah Jude nak cari bapak dia yang dia tak penah jumpa sejak kecik. Masa ni zaman perang dunia. One day Jude ikut kapai dagang pi US. Tinggai la mak & girlfriend dia kat Liverpool. Sampai sana Jude jumpa bapak dia yang keja sebagai janitor kat Universiti Princeton. Tapi bapak dia blur skit pasai tak penah tau yang dia ada anak kat Liverpool. Bapak dia dulu askar.. so go figure la. Jude cool ja. Dia just nak jumpa, confirm yang dia ada bapak & bapak dia ada anak. Pastu Jude jumpa Max, sorang anak orang kaya yang rebel. Pas kenai lebih kurang, Jude follow Max pi New York. Kat sana diorang lepak 1 umah ngan sorang penyanyi, Sadie. Sadie plak dapat sorang guitarist untuk band dia, nama Jojo. Dia pun lepak skali 1 umah. Bertambah lagi sorang ahli umah bila Prudence tetiba muncul ikut tingkap toilet, haha. Max ada sorang adik pompuan, Lucy. Boyfriend Lucy baru mati masa perang kat Vietnam. So Lucy pun join Max kat New York. Masa ni la Jude & Lucy mula ada intimacy.


Jude.


Lucy.

Tetiba Max plak kena join askar US. Kerahan tenaga la tu. Lucy dah mula risau. Dalam keadaan US tengah havoc ngan revolusi & chaos, Lucy join 1 group revolusi. Actually dia keja ngan diorang. Jude mula jealous pasai Lucy banyak abih masa kat opis ngan ketua group tu. Masa 1 rusuhan berlaku, group tu kena tangkap ngan polis. Jude nak tolong Lucy, tapi dia pun kena tangkap gak. Dia kena masuk jail pasai tadak Visa. Masa tu la bapak dia melawat & tolong settle. Jude kena balik Liverpool.

Max balik dari perang pasai cedera. Jude jumpa balik girlfriend dia.. yang dah kawin & pregnant. Lucy plak quit dari group revolusi tu. One day, Jude baca kat newspaper yang bangunan tempat Lucy keja meletup kena bom. Dia trus pi US. But this time, legally. Max pick up dia & bawak pi jumpa geng lama. Masa tu Sadie ngan band dia tengah perform kat atas sebuah bangunan. Lucy datang gak, tapi dia lewat & takleh naik atas bangunan tu. Pastu polis suruh diorang turun dari bangunan pasai cam ganggu ketenteraman awam. Jude sempat sembunyi & trus nyanyi bila suma dah turun. Lucy dengar. Dia trus naik atas bangunan sebelah.. & nampak Jude. Abih.. ;)

"She loves you yeah.. yeah.. yeah"


The gang.

Antara scene favourite aku:

1) Prudence nyanyi lagu I Want To Hold Your Hands. Selamba ja dia jalan lenggang lenggok kat tengah padang yang penuh ngan budak2 football dok training. In her cheerleader costume plak tu. :P

2) Max register masuk askar. Rasa cam diorang kat dalam kilang buat robot plak, haha.

3) Jude buat "strawberry field"( refer gambaq Jude kat atas ). Dia cucuk strawberry banyak2 kat dinding. Very artistic.

Movie ni dah lama kuaq, tahun 2007 lagi. Directed by Julie Taymor. Tak tau nak komen pasai director pasai aku tak familiar. Dekat 2 jam gak crita ni. Ok, pasai apa aku suka crita ni? Haa.. pasai based on lagu The Beatles la. Lagi pun aku suka British accent.. groovy babeh, haha. Pastu crita ni.. beautiful, colorful & retro style. Memang aku rekomen kalu sapa2 nak tengok. :D

Tuesday, February 03, 2009

STAR WARS MASTERPIECE EDITION - ANAKIN SKYWALKER: THE STORY OF DARTH VADER.

Ni percubaan pertama aku untuk review toy, hehe. So aku mulakan ngan barang yang baru aku amik hari Ahad lepas. Thanks to Rockaholic pasai tolong beli & Aedy pasai tolong simpan untuk aku. Wokeh, lets go. :)

Kotak dia memang besaq & berat( window box ). Tinggi lebih kurang 16 inci. Bentuk pun cam piramid plak tu.


Isi dalam.. 1/6 scale figure & sebuah buku hardcover. Figure ni tinggi lebih kurang 13 inci. Buku plak ada 100 muka surat.

The Book.

Buku ni ditulis oleh Stephen J. Sansweet( a star wars collector ) ngan Daniel Wallace & Josh Ling. Published by Chronicle Book. Ada 3 chapter.. The Emergence Of Darth Vader, The Saga Of Darth Vader & 20 Years Of Darth Vader Collectibles.

1st chapter crita camna George Lucas create watak Darth Vader. Dia kata nama tu cam just pop-up dalam kepala dia ja. Actually dia ada banyak nama Darth, tapi Vader yang jadi pilihan. Kat sesetengah negara Europe, Darth Vader bermaksud "dark father".

Design awai yang refer helmet tentera Jerman & topeng Samurai.


Skrip asai & storyboards( bleh nampak ka? haha. ).

Tapi paling aku suka, chapter 3. Ada list suma jenis Darth Vader punya collectibles seluruh dunia. Yang official punya la. Pasar malam punya tak kira, haha. You name it.. dari lolipop, tudung botol, sarung bantal.. sampai la ke sabun Darth Vader! Yang aku suka sangat tu pasai..

Tu diaa.. nampak tak? Nama Malaysia ada dalam list tu, yeah! Bangga btui aku. :D

Last scene dalam ROTJ.. spirit of the Jedis. Yang sebelah kiri tu Sebastian Shaw, pelakon asai spirit of Anakin Skywalker.

The Figure.

Ni adalah satu2nya 1/6 scale figure Anakin Skywalker versi Sebastian Shaw. Walaupun kat kotak ada logo The Kenner Collection, tapi figure ni produced by Hasbro. Actually time tu( 1998 ) Hasbro dah take over Kenner. So The Kenner Collection ni kira antara last series dari Kenner la.



Memandangkan figure ni dari Kenner/Hasbro, so takleh nak expect hebat sangat la. Tapi bagi aku memang ok. Articulation basic ja. Tangan & kaki takleh bend. Pakaian ada 3 set.. baju long sleeves & seluar panjang kat dalam.. standard Jedi tunic.. hooded cape. Material kain memang puas hati. Jahitan pun cantik & kemas.

Belt ada holster untuk lightsaber.



Kasi close-up skit.

Fuhh.. penat! Haha. Ok, tu ja la yang bleh aku crita kot. Apa2 pun, aku memang puas hati ngan figure & buku ni. Memang berbaloi kalu korang dapat beli. Tapi nak dapat pun susah gak la( tak caya tanya Rock, hehe ). Release tahun 1998 & tak penah reissue. Tu yang buat dia jadi berharga.. bagi aku la. :D