Monday, December 29, 2008

SELAMAT DATANG 2009, SELAMAT TINGGAL 2008, KIRIM SALAM KAT 2007: PART 1.

Hmm.. sedaq tak sedaq, dah ujung tahun. Ada setengah orang dah plan ngan azam baru. Aku? Hehe. Tengah revise balik aktiviti aku spanjang tahun. 2008 ni antara tahun terbaik bagi aku. Bukan pasai nombor 8 tu pun. Aku peduli apa orang kata nombor 8 tu bawak “ong” ka, bawak apa ka. Bukan nombor tu yang control idup kita kan? Tetiba tringat Sesame Street..

“Today’s show was brought to you by the letter G and the number 8..”

Haha. Off-topic tu. Sebenaqnya, 2008 ni aku banyak revamp diri sendiri. Banyak benda yang aku nak buat slama ni dah termakbul. Syukur alhamdulillah. Berkat doa mak & abah aku gak ni. Aku memang bangga ngan pencapaian diri sendiri spanjang tahun. Well, maybe it’s no big deal for you guys, but for me.. it is a BIG deal! I’m proud of who I’ve become. :D


AMCORP MALL.. MY 2ND HOME.


One of the things yang bleh aku highlight.. jual toys kat Amcorp Mall! At last, after almost 3 years in the making. Dah lama sangat aku discuss ngan Aedy pasai nak buka table kat sana. Tahun ni baru jadi. At first, ingat nak clear some of my collection ja. Tapi pas dapat regular customers, rasa nak continue plak. On top of that, ada plak kawan2 yang jadi supplier. Memang ok sangat la. So, what the heck. Continue ja la, hehe.

Don’t ask me why, tapi aku memang suka Amcorp Mall. Aku suka tengok community collectors/sellers kat sana. Aku rasa belong kat sana. Dapat kawan2 baru.. “orang lama”, “orang baru”, suma ada. Just jalan2 ja pun, sure ada orang teguq atau yang nak diteguq.

“Bro, ko buka kedai tak ari ni?”

“Eh bro, Star Wars baru tu dah kuar blum?”

“Ko dah tengok cita ni? Layan ah.”

Haha. Rasa cam dok kat kg. sendiri plak. Budak2 Kg. Pisang pun slalu hang out kat sana. Dah jadi port cod/meet up untuk collectors pun. Insyaallah, slagi ada barang nak juai & slagi mampu, aku nak continue buka table kat sana. It was more to fun for me than making money. Duit memang la, sapa tanak kan? But the experience, the friendship.. priceless! Cam iklan plak, haha. Apa2 pun, long live Amcorp Mall! :D

Me & partners: Aku, Aedy & CikguHedda.



Boyak ngan SDCC 501st Stormtrooper dia. Still ngan uniform “askar” pasai baru balik main paintball, haha.

*Thanks to Danger Mouse untuk gambaq2 table aku. Gambaq Amcorp Mall tu aku amik kat Flickr ja, hehe.

2 comments:

Hajime said...

racist siut...
gambo aku xde...

darthmental said...

dem. salahkan DM pasai amik gambaq time hang tadak. kakaka. :P