Thursday, November 19, 2009

HOT TOYS PERTAMA AKU?

Erk? Btul ka ni? Am i dreaming? Somebody pinch me please, haha. Al-kisah.. last week masa aku tengah browse barang2 1:6 kat Ebay, terjumpa plak mamat kat bawah ni.


U.S. Secret Service: Emergency Response Team (ERT). Actually aku penah baca review figure ni dulu tapi just last week baru noticed he got H&K G36C. Damn! One of my favourite rifle. And he's all dressed up in black. Argh! Racun dah masuk dalam saluran darah aku, hahaha. Then aku terus browse XL Shop. Retail price is RM368 tapi dah sold out. :( Hmm.. perlukah aku hunting? Ahh.. chill. Jangan terjebak sangat, hehe. Pastu aku call Ravenantjack nak mintak pendapat. Dia pun kata figure tu dah sold out. Nak hunting lagi ka?

Isnin lepas aku try browse Mudah walaupun tau percentage nak jumpa memang susah. Ebay My dah try pun. I'll be damned! Ada plak orang juai. MISB going for RM400. But the phone number somehow looks familiar to me. Laa.. Shah aka Cowboy75 ka. Geng Kg. Pisang ni, haha. Apa lagi, terus call la. Dia kata tu barang kawan dia. Bleh nego lagi. Then dia sms aku bagitau kawan dia bagi RM350. Ahh.. consider it sold. Tapi aku nak amik next month since gaji bulan depan awal (untuk yang kerja kerajaan saja ya). Kawan dia ok ja. Yay! Done deal, haha. Thanks a lot bro. Alhamdulilah. Baru last week dok berangan this week dah dapat. Now i believe the phrase be carefull what you wish for. :D

Check out the rest of the pictures.



Ada 2 version untuk ERT. Yang kat bawah ni female version. Nasib baik aku tak teracun gak, hehe.


Can't wait for next month. :)

Monday, November 16, 2009

VENOM (SCORPION VERSION).

Another Venom for me, yay! :D Ni adalah Venom McGargan. Body sama ngan Venom Eddie Brock tapi yang ni ada scorpion stinger & "mata". Cuba tengok betul2 kat mata dia, ada anak mata color merah. Aku prefer versi ni dari yang logo cam lightning tu (sila rujuk beberapa entry yang lepas ya). Mari kita tengok apa "hidangan" Hasbro kali ni..


Cardback.

Front view.

Back view. Ada lubang kat tengah untuk scorpion stinger.

Side view. Cam versi lain gak, suma Venom bongkok. Tapi aku rasa versi ni lebih senang berdiri tegak. Maybe sebab tadak ball joint kat paha kot.

Ni yang best.. claws! Tengok tu, nampak kuku kuar dari jari. Tapak tangan pun agak besar. Memang best! :D

Ni plak kureng skit.. tadak ball joint kat paha. Pergerakan paha agak limited. Tapi so far aku pose ok. Benda yang sama jadi kat bahu, tadak ball joint gak. Besa la, Hasbro.. kedekut!

Close up. Aku suka face sculpt dia. Nampak ganas. Lidah pun menarik. Made of hard plastic.

Warghh!!

Accessory: Scorpion stinger. Aku rasa cam snap-on, so malas nak pasang takut nanti takleh cabut plak.

Posing skit.

Overall aku puas hati. Play value agak tinggi walau articulation tak sebanyak versi Toy Biz. Recommended. :)

Bye!

Thursday, November 12, 2009

AKU & PASSPORT. :D

Dan akhirnya.. aku dah ada passport! Haha. Setelah berapa tahun tah dok tangguh. Kemarin aku berjaya gak pi Jabatan Imigresen Putrajaya (building seblah opis aku ja pun) buat. Memandangkan skang ni RM100 ja untuk 2 tahun, so rugi la kalu tak buat. Dulu RM300 pikir 2 3 kali gak, hehe. Renew pun RM100 gak. So kepada yang baru nak buat, sila bawak copy kad pengenalan & surat beranak + 2 keping gambar. Borang bleh download kat website. Tapi sila print double sided ya. Diorang tanak 2 keping.

InsyaAllah, kalu jadi next month nak pi Singapore. Just jalan2 + usha2 ja. Bukan nak shopping pun. Maybe 2nd trip later (dah berangan 2nd trip tu, haha. :P) baru bleh plan mana nak pi & apa nak beli. Silalah lihat gambar passportku ini, haha. ;P



*Penguin tu tadak kena mengena ngan trip nak pi Singapore atau pun Jabatan Imigresen. Dia hanya sekadar hiasan. :P

Wednesday, November 11, 2009

SESAME STREET IS NOW 40 YEARS OLD.

Yup, dah 40 tahun pun rancangan tu kat tv (10/11/1969 - 10/11/2009). Teringat masa zaman budak2 dulu aku dok tengok. Big Bird, Cookie Monster, Bert, Ernie.. memang layan, hehe. Mak aku pun memang suruh tengok dulu. Dia kata baik untuk English aku. Adik2 aku pun layan gak. Actually rancangan ni sangat educational. Bukan sekadar belajar English, tapi kadang2 masuk gak isu kehidupan. Contoh: diskriminasi terhadap pesakit AIDS, perkauman.. cam2 lagi. Bagi aku memang bagus la untuk budak2.

Sempena anniversary ni, Google buat tribute kat banner diorang. Kalu korang perasan, dari last week banner tu ada gambar character Sesame Street. Comel, haha. Actually aku memang suka banner Google yang selalu tukar ikut perayaan atau ulang tahun. Sangat creative. Aku dah download suma gambar character Sesame Street tu & buat wallpaper, hehe. Kalu berminat, sila klik di sini untuk download. Ni aku bagi sample skit.







Come and play

Everything's A-OK

Friendly neighbors there

That's where we meet




Can you tell me how to get

How to get to Sesame Street

Tuesday, November 03, 2009

KAWE GI KELATE. :D

Jap aa.. nak sapu debu & sarang labah2 skit. Maklumlah, dah lama tak jengok sini. Haha. :P

Ok, 19 - 23/10 aritu aku outstation lagi. Kali ni kat Kelantan plak. Pengakuan ikhlas.. tu kali pertama aku sampai Kelantan, haha. :D Stay kat Juita Premier Hotel, Kota Bharu. Rate, bilik & servis = bleh la. 1 lagi pengakuan ikhlas.. Kelantan ok la. Sapa kata tak maju? Kalu asyik tengok "propaganda politik" kat TV1 memang la. Tunjuk kat ceruk kampung mana tah. Takyah kat Kelantan, suma negeri pun ada. But like i said, it's more to political issue. Yang aku kagum ialah iklan2 kat billboard. Suma ada tulisan Jawi! Iklan telefon, kasut, bank.. suma ada. Bleh buat pun kan? So to those-you-know-who takyah kata la takleh nak martabatkan tulisan Jawi. Gambar pompuan kat billboard plak suma pakai tudung. Tu yang aku tengok around bandar Kota Bharu la. Tempat lain aku tak tau. Apa2 pun, Kelantan memang ok. :)

Yang paling best kalu outstation ni ialah bleh haul barang yang dah susah nak jumpa/sold out kat KL. Kenapa? Tak percaya aa? Haha. Check it out..


Captain Needa. Akhirnya berjaya dapat kat Parkson Kota Bharu Trade (shopping complex baru buka). Wave ni tak banyak kat KL. Kalu jumpa pun sure mamat ni dah gone. Kat sana wave ni tak terusik langsung. Siap discount 10% lagi.


Haul yang tak disangka2. Baju Nightmare Before Christmas. Original tu. Beli kat kedai bundle pasar malam Kota Bharu. Aku ingat mesti dalam RM40 - 50 (rate KL) pasal bungkus dalam plastik. Tapi RM20 ja. Terus angkat!


Kat belakang tab ada tulis Jun Planning. Company Jepun yang ada license untuk NBC.


Hasil shopping kat Rantau Panjang plak. Ni memang wajib dah. Kalu pi negeri yang dekat ngan sempadan tak sah la kalu tak beli jeans, hehe. Aku angkat Big E & 501 yang kepala kain.


Yang ni plak aku suka design dia. Crossover Sanrio & A Bathing Ape. Baju siam daa, haha. RM14 ja.




Ni kes kempunan takleh beli sport sandal Teva. Sebelum pergi Rantau Panjang, aku jumpa sepasang Teva kat pasar malam Kota Bharu. Tapi driver opis aku kata kat Rantau Panjang bleh dapat lagi. Banyak choice. Aku pun tak amik la. Tapi sebenarnya kat Rantau Panjang dah pupus sandal Teva tu. Aku tanya suma kedai diorang kata dah lama. Tadak stock lagi. Dem. Keciwa aku. :( So aku settle down ngan sandal Reef ni ja la. RM7.



Haa.. tu ja kot. Next month kalu jadi pi Sabah & Sarawak plak, yeah! Cuti2 Malaysia, haha. :P