Tuesday, October 06, 2009

EQUILIBRIUM.

Movie ni release tahun 2002 tapi aku tau tahun 2007 dulu. Ada sorang kawan kata best. Cam Matrix, tapi tadak hype. Underrated? My kind of movie, hehe. Dah lama cari dvd ni dan akhirnya bulan posa aritu jumpa kat kedai "lanun" favourite aku di Amcorp Mall. :D


The director.

Kurt Wimmer.. tak penah dengar pun. Tapi sebelum ni dia adalah director Ultraviolet & writer untuk Street Kings, The Recruit & The Thomas Crown Affair. Not bad.

The cast.

Untuk peminat The Dark Knight, korang kena tengok. Christian Bale.. yup, dia adalah hero( Cleric John Preston ) dalam movie ni. Rasanya time ni dia tak famous lagi kot. Taye Diggs( Cleric Andrew Brandt ) jadi musuh Bale. Ada 1 kebetulan untuk Prison Break.. William Fichtner( Jurgen ) & Dominic Purcell( Seamus ) pun ada. Diorang jadi gang rebel. Sean Bean( Cleric Errol Partridge ) yang jadi Boromir dalam LOTR pun ada gak.

Cleric John Preston.


Cleric Andrew Brandt.


The story.

Timeline movie ni adalah pas World War 3 di Libria. Pemimpin2 dunia masa tu rasa manusia dah takleh survive kalu ada perang dunia lagi. Untuk create dunia yang aman, diorang perlu hapuskan 1 benda iaitu perasaan. Bagi diorang perasaanlah yang membuatkan manusia kucar-kacir & huru-hara. So suma benda yang ada kaitan atau bleh stimulate perasaan cam muzik, lukisan, novel.. akan dimusnahkan.

The world of Libria.


Libria diperintah oleh Tetragrammaton Council. Suma rakyat Libria kena ambil sejenis ubat nama Prozium untuk halang diorang dari "berperasaan". Kira idup kat Libria ni memang bosan tahap dewa la, haha. Tetragrammaton Council plak diketuai oleh Father. Dia tak penah kuar jumpa rakyat tapi gambar dia bagi ucapan/propaganda ada merata tempat/skrin. Ni kira hypnotise la. Diorang tubuhkan 1 skuad khas iaitu Grammaton Clerics untuk hapuskan suma jenis benda perangsang perasaan & sapa yang memiliki/melindungi benda2 tu. Geng rebel yang tinggal di luar bandar masih simpan & kumpul benda2 tu. Grammaton Clerics diketuai oleh senior Clerics iaitu John Preston. Suma Clerics ada skill Gun Kata( sejenis martial art dalam movie ni ). Dia ni memang tadak perasaan abis sampai bleh biar bini kena hukum mati sebab "berperasaan". Pastu tembak partner( Partridge ) plak pasal baca novel. Memang hati kering btul. Later dia dapat partner baru( Brandt ) yang gila pangkat.

Prozium.


1 hari Preston lupa suntik Prozium & mula rasa lain macam. Dia selamatkan sekor anak anjing dari kena bunuh ngan polis( anjing pun kira benda yang stimulate perasaan gak ). Pastu bunuh 1 team polis untuk selamatkan anak anjing tu. Dia dah mula "berperasaan". Brandt sedar perubahan Preston & nak perangkap dia. Preston plak mula suka ngan Mary, perempuan yang dia tangkap & tengah tunggu masa untuk hukuman bunuh. Pastu dia discover sesuatu yang baru dalam diri & mula cari geng rebel melalui Mary. Diorang plan untuk musnahkan suma kilang Prozium & guling pemerintahan Tetragrammaton Council. Preston request untuk jumpa Father. Tapi kena perangkap plak ngan Brandt. Diorang dah tau dia contact ngan geng rebel. Pastu mula la aksi2 hebat Gun Kata. Ending? Korang kena tengok sendiri la, haha. :P

The cool factor.

Selain dari aksi2 Gun Kata yang supercool, aku suka ngan costume dalam movie ni. Clerics pakai trench coat hitam cam dalam Matrix. Pastu suit color putih masa Preston pakai untuk jumpa Father. Costume security pun cool gak. Trench coat hitam ngan helmet full face. Yang pakai color putih pun ada gak. Guns.. lots of guns. Memang best. Suma real & bukan direka untuk movie. Ni adalah berdasarkan special features dalam dvd yang aku beli, hehe. :D


Aksi2 supercool Gun Kata.




Pakaian security.



Aku suka & highly recommended movie ni. Rasanya dulu tak masuk wayang kot. But like i said, it's an underrated movie. Tak ramai la yang tau. So silalah pegi beli dvd atau download. Aku gerenti korang puas hati. ;)

3 comments:

The Rebel said...

Aiseh...another post-apocalyptic movie....this one actually looks good! Hmm, I might drop by your 'official' dealer in amcorp jgk lah.... :p

darthmental said...

haha. kedai tu memang racun bro. asal pegi ja mesti kantoi. time stock banyak bleh rambang mata dibuatnya. :P

saruman said...

wow! gonna get this movie!