Monday, December 29, 2008

SELAMAT DATANG 2009, SELAMAT TINGGAL 2008, KIRIM SALAM KAT 2007: PART 1.

Hmm.. sedaq tak sedaq, dah ujung tahun. Ada setengah orang dah plan ngan azam baru. Aku? Hehe. Tengah revise balik aktiviti aku spanjang tahun. 2008 ni antara tahun terbaik bagi aku. Bukan pasai nombor 8 tu pun. Aku peduli apa orang kata nombor 8 tu bawak “ong” ka, bawak apa ka. Bukan nombor tu yang control idup kita kan? Tetiba tringat Sesame Street..

“Today’s show was brought to you by the letter G and the number 8..”

Haha. Off-topic tu. Sebenaqnya, 2008 ni aku banyak revamp diri sendiri. Banyak benda yang aku nak buat slama ni dah termakbul. Syukur alhamdulillah. Berkat doa mak & abah aku gak ni. Aku memang bangga ngan pencapaian diri sendiri spanjang tahun. Well, maybe it’s no big deal for you guys, but for me.. it is a BIG deal! I’m proud of who I’ve become. :D


AMCORP MALL.. MY 2ND HOME.


One of the things yang bleh aku highlight.. jual toys kat Amcorp Mall! At last, after almost 3 years in the making. Dah lama sangat aku discuss ngan Aedy pasai nak buka table kat sana. Tahun ni baru jadi. At first, ingat nak clear some of my collection ja. Tapi pas dapat regular customers, rasa nak continue plak. On top of that, ada plak kawan2 yang jadi supplier. Memang ok sangat la. So, what the heck. Continue ja la, hehe.

Don’t ask me why, tapi aku memang suka Amcorp Mall. Aku suka tengok community collectors/sellers kat sana. Aku rasa belong kat sana. Dapat kawan2 baru.. “orang lama”, “orang baru”, suma ada. Just jalan2 ja pun, sure ada orang teguq atau yang nak diteguq.

“Bro, ko buka kedai tak ari ni?”

“Eh bro, Star Wars baru tu dah kuar blum?”

“Ko dah tengok cita ni? Layan ah.”

Haha. Rasa cam dok kat kg. sendiri plak. Budak2 Kg. Pisang pun slalu hang out kat sana. Dah jadi port cod/meet up untuk collectors pun. Insyaallah, slagi ada barang nak juai & slagi mampu, aku nak continue buka table kat sana. It was more to fun for me than making money. Duit memang la, sapa tanak kan? But the experience, the friendship.. priceless! Cam iklan plak, haha. Apa2 pun, long live Amcorp Mall! :D

Me & partners: Aku, Aedy & CikguHedda.



Boyak ngan SDCC 501st Stormtrooper dia. Still ngan uniform “askar” pasai baru balik main paintball, haha.

*Thanks to Danger Mouse untuk gambaq2 table aku. Gambaq Amcorp Mall tu aku amik kat Flickr ja, hehe.

Wednesday, December 24, 2008

YO MANG!

Yo Mang? Sapa tu? Apa tu? Yang pasti, nama tu dah jadi bualan aku ngan Tottis tiap ari. Kami discover pasai Yo Mang masa dok usha baju kat Reject Shop Alamanda. Masa tu lah munculnya Yo Mang. Takut? Aku pun tak pasti. Tadak prasaan langsung kot?

Sejak 2 3 menjak ni, ada ja benda2 pelik kat opis aku. Aku rasa ni suma angkara Yo Mang. Keta aku pun dah 2 kali jadi mangsa, huh. Kalu jalan sorang2, ada ja rasa cam kena usha. Yo Mang di mana2! Arghh!!

Serangan kat keta aku. Kumar? Sapa tu? Apa tu?

Signature Yo Mang. Bukti ni angkara dia.

”Makhluk2” pelik tetiba muncul. Cam2 bentuk & rupa. Aku tak pasti yang mana 1 rupa sebenar Yo Mang. Ataupun.. adakah suma tu Yo Mang? Argh! Aritu sempat gak aku amik gambaq. Ni lah bukti dia..

Masa lepak kat bilik Tottis, aku nampak menatang ni dok merayap kat mesin printing. Lipas kertas? Kertas lipas? Kipas lipas? Yo Mang?

Pastu masa balik lunch ngan Tottis & Xerocz, kami dikejutkan ngan ”makhluk” ni plak..

Ingat Cicakman buat promosi, tapi kalu btui Cicakman.. memang aku pi terajang la, haha. Bukan Cicakman pun. ”Dia” buat tak tau ja kat kami sambil dok melekat kat dinding tu. Tak tau nak buat apa, kami trus blah. Nak usha dekat2 tak brani. Rasanya pasni kena buat aduan kat Tribunal Tuntutan Pengguna. Aku sebagai pengguna bangunan ni dah rasa terancam.. trauma!

Adakah ini ”raksasa Yo Mang”? Sapakah Yo Mang ? Apakah Yo Mang? Arghh!! Aku bengang..

:O

Tuesday, December 23, 2008

HAPPY BIRTHDAY TO PUAN JAAMAH BINTI MAAROF. :D

Happy birthday to you..
Happy birthday to you..

Happy birthday to my mommy..
Happy birthday to you..

Yaa.. hari ni mak aku dah berumur 53 tahun. Pagi2 lagi aku dah call dia wish happy birthday. Baru tadi pun call lagi tanya diorang celebrate apa ari ni. Mak aku kata tadak apa pun pasai abah aku busy. Besa la tu, hehe. Tapi slalu memang mak aku masak la, buat makan2 skit. Patut kami la yang buat suma tu, ni tebalik plak. Haha. Tapi mak aku memang camtu. Kalu bab masak, memang dia la. Aku plak tukang makan ja. :D

Apa2 pun, wish you in very good health mom. Love you!

Monday, December 22, 2008

NEW HOUSEMATES.. LEGA.. :)

Fuhh.. rasa lega skit malam ni. Tadi setup tv & sofa kat depan.. peti ais kat dapur. Rasanya suma dah settle. Just kena touchup skit here & there. But overall, I’m satisfied. :) 2 orang housemates baru aku, Iffaq & Zamri memang ok. Bleh harap kalu nak dibandingkan ngan my previous badigol housemates. Skang aku dah tak sakit kepala layan kerenah “sakit unta” depa, haha.

Skang aku dah takyah membebel.. tolong buang sampah dalam tong sampah..
Skang aku dah takyah membebel.. tolong tutup lampu toilet..
Skang aku dah takyah membebel.. korang bila nak bayar sewa..


Aku bebas! Rasa lepas dari 1 beban yang aku terpaksa memaksa diri aku tanggung untuk kebaikan bersama.. walaupun tak penah dihargai. Damn! But now it’s over, yeah! :D

Until then.. Iffaq & Zamri.. you guys be nice ya. Hehe.

Monday, December 15, 2008

KUPU-KUPU MALAM.

Ok, this is not the other “kupu-kupu malam”. This is the real kupu-kupu.. moth, hehe. Took these pictures couple of weeks ago. I dunno why, tapi slalu gak kupu-kupu datang lepak kat bilik aku waktu malam. Kalu nampak ja sekor melekat kat dinding tu, ngan pantas aku grab digicam & snap! :D


Check it out.. this guy is standing! Haha.

What are you lookin' at huh?

Saturday, December 13, 2008

FLOWER POWER!

Masa balik pas cuti Raya Haji aritu, abah aku ikut skali. Tah camna pagi tu baru dia bagitau nak ikut. Mak aku pun tekejut, haha. Nak beli buku la tu. Just hop in dad. :D

Masa berenti kat Hentian Sebelah Bukit Gantang, kami parking kat tepi area pokok2 bunga. Menarik! Abah aku as usual, pi smoking. Aku plak kelam kabut amik gambaq, hehe. Ni hasil tag team aku ngan my old Nikon Coolpix 2200.





Aku dah lupa apa nama bunga ni. Dulu kat umah tok aku banyak. Nampak tak ada sekor kumbang sedang “menyunting bunga”? Haha. :P



Yang ni pun aku dah lupa nama apa.

Tuesday, December 02, 2008

BIN + TANG = ?

Bintang..

Aku suka bintang
Bintang terang
Bintang buat aku rasa riang
Selalu teman aku bila sorang-sorang

Bintang tinggi
Tak tercapai walau setinggi mana aku berdiri
Tapi bintang tak penah lupa diri
Selalu teman aku bila sunyi

Bintang jauh
Tapi cahayanya tetap menyuluh
Buat aku ingin kembali walau dah jatuh

Kembali dengan lebih kukuh

*Inspired by Stardust. Love the movie and song( Take That - Rule The World ). ;)

Saturday, November 29, 2008

PERLIS.. MEMORIES.. :)

Adoi.. letih. Just came back from outstation last Thursday. Pi Perlis dari ari Isnin, ikut bos aku bagi taklimat HRMIS kat PPDN. As one of the helpdesk, memang aku kena ikut la. Kami stay kat T Hotel Kuala Perlis. Ok gak. Hotel baru. Rate berpatutan ngan servis. Aku dok 1 bilik ngan Faizul( our driver ).

Dah lama sangat aku tak pi Perlis. Cam2 dah berubah. Kawasan sekolah aku( SMTSP ) pun dah lain macam. Ada ILP la.. maktab la.. sampai aku pun tak prasan bila lalu area tu. Hmm.. 5 tahun aku kat situ dulu. Tringat balik zaman sekolah.

Tiap2 petang ujan. Nasib baik petang Rabu tak. Kami singgah pasar malam kat Stadium Kangar pas abih taklimat. Faizul terkejut tengok harga kuih kat situ. Mana nak dapat popiah basah 3 seringgit. Kat Putrajaya pun sebijik 7 kupang. Gila la. Kuih sebijik sekupang pun ada lagi, haha. Kami borong cam2 kuih balik makan kat hotel. :D

Last day, staff sana bawak pi Padang Besar. Actually memang kami plan nak pi pun, hehe. Tapi tak sempat jalan2 sangat. Bos aku beli toto( barang wajib kalu pi sana ) kat wife dia. Faizul beli jersi. Aku beli wallet Bonia ja, RM 20. Ingat nak beli t-shirt selai 2, tapi tak sempat plak. Jersi tak mau pasai aku bukan kaki bola. Tapi at least bleh gak jalan2 tengok kedai kat sana( sambil usha amoi Siam :P ).

Seblum balik, depa belanja kami makan kat Kedai Makanan Melayu & Ala Thai Che Bedah. Makanan ok gak. Tapi yang paling ok.. anak2 makcik tu! Hubba2! Terpukau kami ngan kejelitaan depa( 3 orang tu ). Bos aku yang dah kawin pun asyik dok jeling ja. Aku ngan Faizul takyah crita la. “Lipstick pink anak Che Bedah tetap menjadi pujaan hatiku..” kakaka! :P

On the way balik kami singgah umah aku. Layan kopi ngan cucoq pisang, pergh! Apa2 pun, trip tu memang puas ati. Until next outstation.. ;)
The happy guy.

The cool boss.

The tired driver.

Thursday, November 20, 2008

BO + SAN = ?

Aku bosan..

Kenapa aku bosan?
Pasal aku dah lama dok atas awan
Kenapa atas awan bosan?
Atas awan takda kawan
Atas awan bosan
Kalau ada kawan tak bosan ka?
Kawan tak bosan
Kalau ada kawan tak takut jadi lawan ka?
Kalau dah kawan takleh jadi lawan
Kalau kawan lawan
Tu bukan kawan
Tapi ada jugak kawan bosan
Ada jugak kawan lawan
Baik aku dok atas awan

Aku bosan..

Monday, November 17, 2008

ADUSS.. DAMN VIRUS!

Just when I thought I was “kembali”.. laptop kena virus plak. Took me about 2 weeks to recovered the data. Thanks to Apek. Actually aku kena tunggu Apek free dulu, baru bleh repair laptop ni. Besa la, kena jumpa tuan dia balik baru bleh elok. Tottis plak bagi pinjam antivirus ori yang opis dia punya, hehe.

Hmm, dah banyak benda aku miss. Tak tercover suma skali. But now I got everything back in line. Yeah! :D

Sale kat Amcorp kemarin not bad gak.. alhamdulillah. Bro yang reserved Jabba pas raya ari tu dah amik. Siap reserved Tie Fighter & Tank Gunner plak kali ni. My kind of customer, hehe. Aedy cam besa, leading his army of GI Joe collectors.. yo Joe! Skang anything about GI Joe suma dia tapau, haha.


Tapi yang paling best pasal dapat pegang Bantha & Zuckuss at the same day. It was a blast! Ultimate orgasm! Dah lama sangat aku ngidam nak 2 benda tu. Apa2 pun, thanks to Rockaholic for Bantha & Danger Mouse for Zuckuss. Legaa..

Monday, October 13, 2008

K E M B A L I !

Yeah, I’m back! Kembali! Tapi ni takda kena mengena ngan album baru Butterfingers pun, hehe. :P

Hmm, dah setahun aku tak update blog ni. Ingat nak dump ja pasai banyak sangat “kenangan”. Tapi sayang plak. So aku delete abis suma “kenangan” tu.. bwahahaha! Bak kata orang2 tua, “barang lama usah dikenang”.. kakaka!

Wokeh, credit goes to Tottis pasai bagi aku pinjam broadband dia. Ujung bulan ni aku bayaq la, bukan free tau( bila la aku nak beli broadband sendiri ). Skang dah bleh surf dalam bilik, privacy la skit. Pasai tu aku teruja nak update balik blog ni. Dah ada banyak plan dalam kepala. Tunggu masa ja nak kasi kuar( wait for my toy review ya ).

Well, that’s all for now( actually banyak sangat nak crita ). Jumpa lagi bila aku KEMBALI. ;)