1:6.. TERJEBAK (KEMBALI) KAH AKU?
Sejak dari pas Raya Posa aritu aku dah teracun ngan CIA Operator keluaran Very Hot (VH). Sebelum ni Navy SEAL CQB (VH) aku berjaya bertahan. Tapi kali ni takleh dah. Memang dari dulu lagi aku suka ngan geng Special Ops ni. Mula la terpikir.. nak layan 1:6 plak ka? Dulu aku dah terjebak, tapi terpaksa hold pasal sebab2 berikut:
1) Tadak geng nak layan skali (kurang racun :P).
2) Barang yang aku cari agak susah nak dapat time tu.
3) Cost yang agak "mencabar" (time tu tak pandai cari yang murah lagi).
4) Clash ngan Star Wars (focus konon).
Tu la alasan dia. Kenapa? Tak percaya? Haha. Setelah berbincang ngan beberapa orang ahli mesyuarat tingkap (yang juga meracun), aku nak hold Star Wars jap & layan 1:6 plak. Tapi aku tak collect suma military la. Just Special Ops & kit bash.
Maka ngan itu.. Project Casual SDU (Special Duties Unit) aku dah diaktifkan semula, yay! :D Sebenarnya dulu aku nak sangat kit bash casual SDU ni. Tapi ada 1 kes, accessories yang aku beli online & pos ke opis hilang! Dem. Aku beli jeans & t-shirt putih yang ada tulis Hong Kong police. Time tu nude body ada 2. Frust punya pasal & ditambah ngan alasan2 kat atas tu, aku jual abis barang2 1:6 aku. Yang simpan cuma 2 figure SDU in complete gears. Tapi bermula dari last week aku dah mula cari semula barang2 tu. Dah haul & pre-order pun, hehe.
Jeans for my casual SDU.
Cargo pants with belt. Already thinking of PMC (Private Military Contractor), hehe.
T-shirt & 1 hole balaclava.
CIA Operator from VH. Dah pre-order. Ujung bulan ni dapat. :D
Pakaian fully sponsored by Adidas? Hmm.. baik beli sebelum VH kena sue, haha.