Friday, June 26, 2009

KAWANKU YANG TERJEBAK & LAWATAN KE KEDAI HEROES APPAREL.

Semalam aku menghadiri Ekspo Mega Beli Barangan Malaysia kat KL Convention Centre. Arahan SUB so kena ikut la, huhu. Lagipun ni event anjuran Kementerian. Me & my colleagues pi sekadar meramaikan umat ja. But look at the bright side.. makan free & jalan2, haha. :P

On the way balik singgah Times Square pasal kawan aku nak beli charger handphone. Alang2 layan Graffiti Toys skali la, hehe. Jeek( the owner ) berjaya racun aku ngan The Joker Squad for RM160 only! The cheapest in town. Dem. But their stock arrive on Monday. Fuhh.. selamat duit aku. But not for long la kot, kakaka.

Yang peliknya, Zaikhan( my colleague ) plak teracun ngan helmet Bumblebee. Kitorang usha 2 3 kedai suma harga sama( retail RM189.90 ). Barang baru & movie pun baru kuar memang tak dapat la diorang nak bagi discount. Memandangkan dia menggila nak beli hari tu gak( tengah hot konon ), aku call Fared tanya dia ada tak helmet tu. Lucky him, Fared got 1. Maka menapak la kami ke BB Plaza. Akhirnya ngan muka penuh keceriaan Zaikhan membeli helmet Bumblebee tu.



Victim of Transformers hype. Tengok tu.. muka "ultimate orgasm", kakaka! Siap posing depan kedai Heroes Apparel lagi.




Aku ngan Fared( tokey kedai ).


Yang tak tahannya, sepanjang perjalanan balik Putrajaya mamat ni pakai helmet tu masa driving. Gila! Haha. Abis orang kiri kanan tengok. Ada brani? So to all Transformers fans outhere, there's a new geek in town. Yeah! :D

Monday, June 22, 2009

KOPI KUAT.

Skang ni dah cam2 jenis product "kopi kuat" kuar. Sebut ja.. Kopi Jantan, Kopi Janda.. suma ada. Kadang2 tu nama kopi tah apa2. Tag line plak lagi cam haram. Suma tu buat "bahan" ja, kakaka!

Ni 1 contoh nama lawak. Apa yang "larat" tah, haha.


Janggut? Apa kaitan?

Sabtu lepas aku layan 1 iklan kopi baru kat TV3. Rasanya dalam kul 1+ am. Besa la, iklan2 jenis camni mana bleh prime time. 18SX tu, haha. Tak ingat plak nama kopi tu pasal tengah focus. Iklan tu tunjuk sorang pakcik tua bawak sorang pompuan muda nak beskal. Diorang pi kedai beli kopi. Pastu terus balik. Masa on the way balik tu, kuar tag line..


"Kayuhan bertenaga, kenikmatan berganda"


Huh?! Wakakaka! Sakit perut aku & housemate gelak. Gila la. Camni punya iklan pun ada ka? Pastu kitorang tunggu kot2 kuar lagi iklan( masa tu tengah layan cerita Father Of The Bride 2). Tapi kecewa pasal tadak dah. Low budget la tu, hehe.

Rasanya market "kopi kuat" ni memang kuat kot kat Malaysia. Pasal tu bleh kuar cam2 brand. Tapi aku rasa kopi ni suma asal dari kilang yang sama. Cuma tukar nama & packing ja. Pastu buat iklan yang berunsurkan 18SX. Jangan lupa.. sex sells, hehe. Hmm.. kalu btul market besar, maybe pasni "kedai kopi mahal" cam Starbucks bleh join skali kot. Bayangkan kat dalam menu ada Caramel Macchiato Jantan, Caffé Latte Janda.. hahaha! :P

Tuesday, June 16, 2009

THE DARKNESS.

Figure ni merupakan tarikan utama LCBH 2nd Series. The Darkness aka Jackie Estacado adalah dari comic The Darkness, published by Top Cow/Image Comics. Created by Marc Silvestri & Garth Ennis. Dulu aku collect comic ni. Tapi pas asyik dok tukar creative team, terutama pelukis.. aku trus drop. Apa2 pun, jom layan figure dia plak.

Comic The Darkness.


Dari depan, "sayap" dia nampak ok. Tapi kalu dari blakang.. it looks like a big giant spider. Huh? It could've been better if they made it removable.


Close up. Lining kat muka, badan & tangan memang detail. Salute Marvel Toys! :D


Accessories: 2 ekor Darklings. Detail gak binatang 2 ekor ni. Nasib baik tadak yang pakai cap & pegang pistol, hehe.


Ready for action!


Team-up with Darklings.

Satu lagi kejayaan Marvel Toys. Figure The Darkness ni memang puas hati. Kalu aku nak complaint pun pasal "labah2 besar" kat blakang dia tu ja. Lain suma ok. Paling best bagi aku ialah individual finger articulation. Terbaik! :D

Monday, June 15, 2009

MONKEYMAN & O'BRIEN.

Kali ni break jap dari Star Wars universe. Kita layan Legendary Comic Book Heroes( LCBH ) plak. Jom! :D

Monkeyman & O'Brien comic book from Dark Horse Comics. It was created by Art Adams.


Ni adalah 1st BAF aku, Monkeyman from LCBH 2nd Series. Tapi kalu ada Monkeyman kena la ada partner dia skali, Ann O'Brien. Nasib baik ada orang jual 1 set( both of 'em ) pada harga yang murah. So aku blasah la, hehe.


Close up. Mulut bleh buka. Nampak gigi & lidah kat dalam. Memang detail.


Faktor yang membuatkan aku beli figure ni.. check out the articulations( tangan & kaki )! Kagum btul aku. So far memang tadak lagi company yang bleh challenge Toy Biz & Marvel Toys( former Toy Biz ) in term of articulations. Figure diorang memang equal to harga. Sangat berbaloi. Too bad.. "only the good die young".




Figure Ann ok gak. Muka ada likeness cam dalam comic( muka Greek ). Cuma finishing dry brush kat jaket dia cam lebih kurang ja. Abis suma detail kat jaket kena cover.


Ann scale to Monkeyman. Kalu pose side by side memang cun. Cam dalam comic. Overall, aku memang puas hati. Tapi.. Monkeyman aku missing his glasses. Yup, sepatutnya ada glasses( sila rujuk gambar cover comic di atas skali ). Seller kata memang dia buka dari packing tadak glasses. Tadak hal. Benda kecik ja. Bleh custom, hehe.

Thursday, June 11, 2009

BLUE IS BIRU?

Hari ni "Hari Biru"
Tapi bukan haru biru
Bukan juga otak aku biru
Tapi hari yang biru.



Baju batik aku biru.



Air masa jamuan tadi biru.



Kerusi kat lab biru.



Welcome mat biru.


Aku rasa sungguh biru
Walau terharu
Aku tetap seru
Ohh.. aku yang keliru.

Wednesday, June 10, 2009

SMOKIN' ACES.

Aku rasa ramai yang tak tau pasal movie ni. It's a bit underrated. But actually, it deserved more credits. Dan aku memang suka movie yang tak famous. ;)



Kisah pasal sorang performer kat Las Vegas, Buddy Israel yang diburu oleh assassins( kalu nama Israel tu memang gerenti jahat punya! ). Buddy ada kaitan ngan mafia kat sana & terlibat gak ngan banyak jenayah. Tapi sebab status dia sebagai performer yang terkenal & diminati ramai, bleh cover skit la. Sebenarnya dia bukan hebat pun. Harap contact dia ja. FBI plak offer Witness Protection Program kat Buddy kalu dia bagi info pasal mafia kat Las Vegas. Buddy sebenarnya bercita2 nak replace Primo Sparazza.. otai mafia yang dah tua, sakit & nak mati dah pun. Sparazza offer USD1 juta kalu sapa dapat tangkap Buddy. Maka berlumbalah suma assassins nak tangkap dia.

Pelakon2 suma ok. Andy Garcia, Ray Liotta, Ben Affleck.. Alicia Keys pun ada. And somehow she looks hot in the movie. Hot pants, fishnet.. what more can you ask for, hehe. Directed by Joe Carnahan. Aku tak familiar ngan movie2 dia, so no comment. But one thing for sure, he did great in this one. Ni yang membuatkan aku nak tengok Narc plak( his other movie ).


The target - Buddy Israel.


The hot assassin - Georgia Sykes.



The neo-Nazi assassins - Tremor Brothers.


Yang best pasal assassins ni, masing2 ada skill individu yang cool. Contoh, Lazlo Soot yang merupakan master of disguise. Tremor Brothers plak geng "gila". Ni jenis "lets paint the town red" punya style. Siap bawak chainsaw & kapak lagi. Bila suma assassins tu tau kat mana Buddy sembunyi, diorang terus serang. Pastu, suma bertembung skali. Bayangkan ada 7 orang assassins dalam 1 hotel & target diorang adalah orang yang sama. Yup.. smokin'! Ending aku takleh bagitau pasal ada twist skit. Haa.. that's the best part. Dia punya twist tu membawak ke zaman World War 2. Best kan? This is a must watch movie & i highly recommended guys. So check it out ya. :D


Wednesday, June 03, 2009

PUTRAJAYA - JB - BATU PAHAT.

25 - 27/5 aritu aku oustation kat Johor. Ni 2nd long trip aku since last November. Layan! ;D 1st day kami stay kat JB Central Hotel. For RM130 per night, aku tak brapa puas ati coz it could've been nicer. Standard 2 single beds & hot shower. Masa landing atas katil aku ingat kepala nak tenggelam dalam bantal, tapi.. bantal keras! Cam tidoq atas tongkol kayu. Dem. Nasib ada bantal spare dalam almari. Huh. Malam tu makan kat Danga Bay sambil layan suasana malam. Ajak adik aku skali since dia memang dok kat JB. Sori tadak gambaq pasai aku bawak digicam hanya sekadar hiasan, wakakaka. :P

Bos aku tengah bagi taklimat..

.. sambil aku buat pemantauan kat tepi, hahaha! :P


2nd day stay kat Garden Hotel, Batu Pahat. The room is nice & at reasonable price. For RM98 per night, aku suka! :D But.. no hot shower. Fair enough la. Receptionist pun "best", hehe. *wink2* Ingat nak stay kat "hotel Chua Soi Lek" a.k.a Katerina Hotel, tapi mahal. So kami berpuas ati ja la ngan layanan receptionist "best" pasal takleh dapat "layanan" cam Chua Soi Lek, kakaka. :P


Sapa kata outstation tak letih? Letih woo. Tengok tu, sampai terlentok aku during lunch hour. Faizul gak yang steady. Sempat layan game lagi. On the way balik kami singgah kat Ayer Hitam. Besa la, shopping skit.

"Nak baju koboi, nak baju koboi.."


Haha. Sempat lagi bikin kacau kat sana. Bought couples of souvenir & an air gun. Yaa.. pistol tembak cicak! Dulu masa kat Padang Besaq aku tak sempat usha. Kali ni memang takleh lepas la, hehe. Check it out..




RM30 sebijik. Bleh la. Tapi ni bukan yang finest quality punya. Kira cap ayam gak la. Kalu yang btui2 elok dalam RM100 gak. Alaa.. habuan lepas gian nak main pistol, hehe.

Trip yang menarik walaupun keletihan. Can't wait for the next one. ;)

Tuesday, June 02, 2009

SELAMAT PI UMRAH UNTUK MAMA & ABAH. :)

Alhamdulilah, 28/5 aritu kedua2 orang tua aku dah selamat pi umrah. Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Teh & Mak Teh join skali. Dalam 2 minggu gak depa kat sana. Nasib baik aku sempat pi hantaq. Actually aku outstation kat JB dari 25 sampai 27/5. So pagi tu sempat lagi la pi tengok depa pasai flight kui 11. Masuk opis sat, pastu kui 9 kuaq. Ajak Boyak skali pasai aku tak tau jalan, haha. Last week sms abah aku, dia kata depa suma sihat & everything is ok there. Baguih la tu. :D



Thanks to Boyak pasai tolong amik gambaq. Patut entry ni last week lagi, tapi aku "terbusy" & sambil "buat2 busy", kakaka.