Thursday, December 31, 2009

APA ADA DENGAN 2009?

Apa ada? Macam2 ada, haha. Bagi aku tahun 2009 agak menarik pasal beberapa agenda aku dah tercapai, alhamdulilah. Bukannya target apa2 pun, just suma tu tercapai ngan usaha aku pelan2. Harap2 agenda tahun 2010 pun bakal jadi kenyataan, insyaallah.

Me, myself & family.

I am blessed to have a wonderfully caring & loving family. As of this year, there's an additional family members.. my brother in law & my nephew. Congrats to my sister for getting married first instead of me, haha. :P Skang ni mak & abah aku mula busy la jaga cucu. Aa.. mak & abah aku pun dah selamat mengerjakan ibadat Umrah bulan Jun lepas, alhamdulilah. Next year dapat pi Haji plak kot. :)

Aku plak akhirnya berjaya gak memiliki passport & pi Singapore, haha. Bukannya benda besar pun tapi dah lama aku teringin cuma tahun ni ja berkesempatan. Since dah ada passport ni, takan sekali ja nak pi kan? Next year mesti pi lagi, haha. Bangkok pun dah masuk dalam list. :D

Rat race.

Kerja tahun ni pun ok. Stress + tension + problems tu memang ada la. Suma keja pun sama. Cuma tahun ni aku banyak outstation. Best! Dapat jalan2 tu yang penting, hehe. Claim pun ada la skit. Murah rezeki, alhamdulilah. Bleh cover itu ini.. & beli toys, kakaka. :P Cuma aku still in dilemma sama ada nak transfer balik state (Alor Setar) atau stay kat HQ (Putrajaya). Memang dari tahun 2007 lagi aku dah apply. Last year Setiausaha Bahagian aku tak approved. Dia suruh aku stay HQ dulu untuk bantu unit aku. Dalam pertengahan tahun aritu ada pertukaran tapi ada orang cross aku plak, damn. Memang kalu balik state everything will be totally different la. Aku kena reboot balik social life aku (do i really have one? haha. :P). But i got my own reason. Family aku tak paksa. Even mak aku pun kata kalu rasa ok stay HQ, just stay la. Hmm.. thinking.. thinking..

My circle of friends.

Kawan2 makin bertambah. Sana, sini, situ.. suma ada, haha. Ada yang makin kamcing, ada yang makin "malas-nak-layan-ah" pun ada. Besa la tu, adat berkawan. Aku tak kisah sangat suma tu. Yang penting kawan2 yang betul2 kenal aku, diorang tau sapa aku. Aku dah malas nak pikir benda2 remeh-temeh dalam berkawan ni. Dah tanak stress + pening lagi. So kalu ada yang buat perangai camtu, i just walk away. I got nothing to lose.

Hobby + interest = obsession!

Toys aku untuk tahun 2009 tak la banyak sangat pun. Kecil2an ja. Tapi aku puas hati pasal beberapa toys yang aku nak sangat dah dapat. Toys apa tu? Ni dia..

1) POTF2 AT-AT.
2) POTF2 Royal Guard.
3) POTF2 Dewback.
4) OTC Sandcrawler.
5) Kenner Collections Masterpiece Darth Vader.

Big thank you to bro Rockaholic. 4 daripada toys di atas dia yang tolong beli, hehe. So vehicles OT Star Wars aku dah dapat suma yang aku nak. Bleh tutup buku. :D Geng Jabba aku pun tinggal 6 figure ja lagi nak complete. Tapi aku tak rushing sangat la. In time i will get those. Skang aku terjebak kembali ngan 1:6 military. Racun dah tahap melampau, haha. Tapi ok gak, bleh tukar selera skit. But this doesn't mean i abandoned Star Wars. Nope, not in a million years. Star Wars is forever! Haha. :D Hanya hobby fotografi ja yang aku takleh nak proceed lagi. DSLR tak beli lagi, huhu. Ingat tahun ni bleh dapat, tapi postponed gak. Hopefully can get 1 next year.

So what's in for me in 2010? Only god knows. Aku terima ja seadanya. Azam? Ahh.. takyah suma tu. Yang penting niat nak buat tu ada. Then pelan2 kita rancang & execute. Kalu jadi, alhamdulilah. Kalu tak jadi, bleh cuba lagi. Ataupun cuba ja benda baru/lain. Kita ada banyak pilihan dalam hidup ni. Suma atas diri sendiri ja nak buat atau tak. Tapi pilhan tu mestilah yang baik. Kalu pilih benda tak baik ni.. sendiri tanggung la, haha. Wokeh, apa2 pun aku bersyukur alhamdulilah Allah masih panjangkan umur & murah rezeki aku. Harap2 apa jua yang menanti aku next year baik2 belaka. Amin.. :)

Thursday, December 24, 2009

HOTEL PURI, MELAKA.

Ada banyak benda nak update, tapi suma tertangguh. Nak review toys pun gambar tak amik lagi. Part nak amik gambar tu la yang agak "M" skit, hehe. So layan ja la gambar Hotel Puri masa aku outstation kat Melaka 7 - 9/12 aritu. :)


Kalu tengok dari luar nampak cam bangunan lama/usang ja. Aku rasa diorang renovate building ni untuk buat hotel. Lagi pun kat area ni banyak bangunan lama/usang dah jadi hotel pun. Hotel Puri ni kat Jalan Tan Cheng Lock kalu tak salah aku. Sebelah Jonker Walk ja. Kalu korang familiar ngan Jonker Walk, parking kat area ni memang susah/teruk skit pasal jalan sempit. So pandai2 la ya.

Tempat tidur memang selesa.


Benda paling penting bagi aku kalu check in kat hotel.. remote tv/astro, haha. :D

Aku suka blind kayu ni. Nice.



Kita minum dulu! :P



Gambar2 hiasan dalam bilik.


Toilet pun cantik & bersih.

Haa.. korang mesti tak percaya kan dalam bangunan lama/usang tu ada bilik camni, hehe. Aku pun mula2 ingat camtu. Tapi pas check in, rasa kagum gak. Well, aku bukan nak harap dapat hotel 5 bintang pun. Bagi aku camni pun dah cukup puas hati. Rate tak salah aku dalam RM200+ per night. Tapi aku tak bayar pun pasal Kementerian yang bayar, hahaha.

Friday, December 11, 2009

THE REAL LIFE "INVISIBLE MAN".

Check this out..


Terbeliak biji mata tak? Haha. Nama artist ni ialah Liu Bolin. Aku pun baru tau pasal dia pagi ni melalui Yahoo News. Memang hebat la. Agak2 ada orang berani buat ka kat Malaysia ni? Apa2 pun jom layan lagi hasil kerja master of camouflage ni.








Hebat kan? Silalah Google untuk tengok hasil kerja dia yang lain. Yang kat bawah ni memang terbaik, haha. :D



Monday, December 07, 2009

H**** B*******.

To whom it may concern..

HAPPY BIRTHDAY! :)



It's been 2 years..
....
....

Wednesday, December 02, 2009

MEET MY NEPHEW. :D

Yup, ahli keluarga aku bertambah lagi. Kali ni sorang baby boy menjadi tumpuan keluarga masa Raya Haji aritu (anak adik aku daa). Maka ngan itu rasmilah abah & mak aku menjadi Atuk & Nenek.. aku plak jadi Pak Long, haha. Welcome aboard Muhamad Irfan Wafiy bin Imran. :)



Sekian, terima kasih. :)




Thursday, November 19, 2009

HOT TOYS PERTAMA AKU?

Erk? Btul ka ni? Am i dreaming? Somebody pinch me please, haha. Al-kisah.. last week masa aku tengah browse barang2 1:6 kat Ebay, terjumpa plak mamat kat bawah ni.


U.S. Secret Service: Emergency Response Team (ERT). Actually aku penah baca review figure ni dulu tapi just last week baru noticed he got H&K G36C. Damn! One of my favourite rifle. And he's all dressed up in black. Argh! Racun dah masuk dalam saluran darah aku, hahaha. Then aku terus browse XL Shop. Retail price is RM368 tapi dah sold out. :( Hmm.. perlukah aku hunting? Ahh.. chill. Jangan terjebak sangat, hehe. Pastu aku call Ravenantjack nak mintak pendapat. Dia pun kata figure tu dah sold out. Nak hunting lagi ka?

Isnin lepas aku try browse Mudah walaupun tau percentage nak jumpa memang susah. Ebay My dah try pun. I'll be damned! Ada plak orang juai. MISB going for RM400. But the phone number somehow looks familiar to me. Laa.. Shah aka Cowboy75 ka. Geng Kg. Pisang ni, haha. Apa lagi, terus call la. Dia kata tu barang kawan dia. Bleh nego lagi. Then dia sms aku bagitau kawan dia bagi RM350. Ahh.. consider it sold. Tapi aku nak amik next month since gaji bulan depan awal (untuk yang kerja kerajaan saja ya). Kawan dia ok ja. Yay! Done deal, haha. Thanks a lot bro. Alhamdulilah. Baru last week dok berangan this week dah dapat. Now i believe the phrase be carefull what you wish for. :D

Check out the rest of the pictures.



Ada 2 version untuk ERT. Yang kat bawah ni female version. Nasib baik aku tak teracun gak, hehe.


Can't wait for next month. :)

Monday, November 16, 2009

VENOM (SCORPION VERSION).

Another Venom for me, yay! :D Ni adalah Venom McGargan. Body sama ngan Venom Eddie Brock tapi yang ni ada scorpion stinger & "mata". Cuba tengok betul2 kat mata dia, ada anak mata color merah. Aku prefer versi ni dari yang logo cam lightning tu (sila rujuk beberapa entry yang lepas ya). Mari kita tengok apa "hidangan" Hasbro kali ni..


Cardback.

Front view.

Back view. Ada lubang kat tengah untuk scorpion stinger.

Side view. Cam versi lain gak, suma Venom bongkok. Tapi aku rasa versi ni lebih senang berdiri tegak. Maybe sebab tadak ball joint kat paha kot.

Ni yang best.. claws! Tengok tu, nampak kuku kuar dari jari. Tapak tangan pun agak besar. Memang best! :D

Ni plak kureng skit.. tadak ball joint kat paha. Pergerakan paha agak limited. Tapi so far aku pose ok. Benda yang sama jadi kat bahu, tadak ball joint gak. Besa la, Hasbro.. kedekut!

Close up. Aku suka face sculpt dia. Nampak ganas. Lidah pun menarik. Made of hard plastic.

Warghh!!

Accessory: Scorpion stinger. Aku rasa cam snap-on, so malas nak pasang takut nanti takleh cabut plak.

Posing skit.

Overall aku puas hati. Play value agak tinggi walau articulation tak sebanyak versi Toy Biz. Recommended. :)

Bye!

Thursday, November 12, 2009

AKU & PASSPORT. :D

Dan akhirnya.. aku dah ada passport! Haha. Setelah berapa tahun tah dok tangguh. Kemarin aku berjaya gak pi Jabatan Imigresen Putrajaya (building seblah opis aku ja pun) buat. Memandangkan skang ni RM100 ja untuk 2 tahun, so rugi la kalu tak buat. Dulu RM300 pikir 2 3 kali gak, hehe. Renew pun RM100 gak. So kepada yang baru nak buat, sila bawak copy kad pengenalan & surat beranak + 2 keping gambar. Borang bleh download kat website. Tapi sila print double sided ya. Diorang tanak 2 keping.

InsyaAllah, kalu jadi next month nak pi Singapore. Just jalan2 + usha2 ja. Bukan nak shopping pun. Maybe 2nd trip later (dah berangan 2nd trip tu, haha. :P) baru bleh plan mana nak pi & apa nak beli. Silalah lihat gambar passportku ini, haha. ;P



*Penguin tu tadak kena mengena ngan trip nak pi Singapore atau pun Jabatan Imigresen. Dia hanya sekadar hiasan. :P

Wednesday, November 11, 2009

SESAME STREET IS NOW 40 YEARS OLD.

Yup, dah 40 tahun pun rancangan tu kat tv (10/11/1969 - 10/11/2009). Teringat masa zaman budak2 dulu aku dok tengok. Big Bird, Cookie Monster, Bert, Ernie.. memang layan, hehe. Mak aku pun memang suruh tengok dulu. Dia kata baik untuk English aku. Adik2 aku pun layan gak. Actually rancangan ni sangat educational. Bukan sekadar belajar English, tapi kadang2 masuk gak isu kehidupan. Contoh: diskriminasi terhadap pesakit AIDS, perkauman.. cam2 lagi. Bagi aku memang bagus la untuk budak2.

Sempena anniversary ni, Google buat tribute kat banner diorang. Kalu korang perasan, dari last week banner tu ada gambar character Sesame Street. Comel, haha. Actually aku memang suka banner Google yang selalu tukar ikut perayaan atau ulang tahun. Sangat creative. Aku dah download suma gambar character Sesame Street tu & buat wallpaper, hehe. Kalu berminat, sila klik di sini untuk download. Ni aku bagi sample skit.







Come and play

Everything's A-OK

Friendly neighbors there

That's where we meet




Can you tell me how to get

How to get to Sesame Street