Tuesday, October 13, 2009

1:6.. TERJEBAK (KEMBALI) KAH AKU?

Sejak dari pas Raya Posa aritu aku dah teracun ngan CIA Operator keluaran Very Hot (VH). Sebelum ni Navy SEAL CQB (VH) aku berjaya bertahan. Tapi kali ni takleh dah. Memang dari dulu lagi aku suka ngan geng Special Ops ni. Mula la terpikir.. nak layan 1:6 plak ka? Dulu aku dah terjebak, tapi terpaksa hold pasal sebab2 berikut:

1) Tadak geng nak layan skali (kurang racun :P).
2) Barang yang aku cari agak susah nak dapat time tu.
3) Cost yang agak "mencabar" (time tu tak pandai cari yang murah lagi).
4) Clash ngan Star Wars (focus konon).

Tu la alasan dia. Kenapa? Tak percaya? Haha. Setelah berbincang ngan beberapa orang ahli mesyuarat tingkap (yang juga meracun), aku nak hold Star Wars jap & layan 1:6 plak. Tapi aku tak collect suma military la. Just Special Ops & kit bash.

Maka ngan itu.. Project Casual SDU (Special Duties Unit) aku dah diaktifkan semula, yay! :D Sebenarnya dulu aku nak sangat kit bash casual SDU ni. Tapi ada 1 kes, accessories yang aku beli online & pos ke opis hilang! Dem. Aku beli jeans & t-shirt putih yang ada tulis Hong Kong police. Time tu nude body ada 2. Frust punya pasal & ditambah ngan alasan2 kat atas tu, aku jual abis barang2 1:6 aku. Yang simpan cuma 2 figure SDU in complete gears. Tapi bermula dari last week aku dah mula cari semula barang2 tu. Dah haul & pre-order pun, hehe.

Jeans for my casual SDU.

Cargo pants with belt. Already thinking of PMC (Private Military Contractor), hehe.

T-shirt & 1 hole balaclava.

CIA Operator from VH. Dah pre-order. Ujung bulan ni dapat. :D


Pakaian fully sponsored by Adidas? Hmm.. baik beli sebelum VH kena sue, haha.

Tuesday, October 06, 2009

EQUILIBRIUM.

Movie ni release tahun 2002 tapi aku tau tahun 2007 dulu. Ada sorang kawan kata best. Cam Matrix, tapi tadak hype. Underrated? My kind of movie, hehe. Dah lama cari dvd ni dan akhirnya bulan posa aritu jumpa kat kedai "lanun" favourite aku di Amcorp Mall. :D


The director.

Kurt Wimmer.. tak penah dengar pun. Tapi sebelum ni dia adalah director Ultraviolet & writer untuk Street Kings, The Recruit & The Thomas Crown Affair. Not bad.

The cast.

Untuk peminat The Dark Knight, korang kena tengok. Christian Bale.. yup, dia adalah hero( Cleric John Preston ) dalam movie ni. Rasanya time ni dia tak famous lagi kot. Taye Diggs( Cleric Andrew Brandt ) jadi musuh Bale. Ada 1 kebetulan untuk Prison Break.. William Fichtner( Jurgen ) & Dominic Purcell( Seamus ) pun ada. Diorang jadi gang rebel. Sean Bean( Cleric Errol Partridge ) yang jadi Boromir dalam LOTR pun ada gak.

Cleric John Preston.


Cleric Andrew Brandt.


The story.

Timeline movie ni adalah pas World War 3 di Libria. Pemimpin2 dunia masa tu rasa manusia dah takleh survive kalu ada perang dunia lagi. Untuk create dunia yang aman, diorang perlu hapuskan 1 benda iaitu perasaan. Bagi diorang perasaanlah yang membuatkan manusia kucar-kacir & huru-hara. So suma benda yang ada kaitan atau bleh stimulate perasaan cam muzik, lukisan, novel.. akan dimusnahkan.

The world of Libria.


Libria diperintah oleh Tetragrammaton Council. Suma rakyat Libria kena ambil sejenis ubat nama Prozium untuk halang diorang dari "berperasaan". Kira idup kat Libria ni memang bosan tahap dewa la, haha. Tetragrammaton Council plak diketuai oleh Father. Dia tak penah kuar jumpa rakyat tapi gambar dia bagi ucapan/propaganda ada merata tempat/skrin. Ni kira hypnotise la. Diorang tubuhkan 1 skuad khas iaitu Grammaton Clerics untuk hapuskan suma jenis benda perangsang perasaan & sapa yang memiliki/melindungi benda2 tu. Geng rebel yang tinggal di luar bandar masih simpan & kumpul benda2 tu. Grammaton Clerics diketuai oleh senior Clerics iaitu John Preston. Suma Clerics ada skill Gun Kata( sejenis martial art dalam movie ni ). Dia ni memang tadak perasaan abis sampai bleh biar bini kena hukum mati sebab "berperasaan". Pastu tembak partner( Partridge ) plak pasal baca novel. Memang hati kering btul. Later dia dapat partner baru( Brandt ) yang gila pangkat.

Prozium.


1 hari Preston lupa suntik Prozium & mula rasa lain macam. Dia selamatkan sekor anak anjing dari kena bunuh ngan polis( anjing pun kira benda yang stimulate perasaan gak ). Pastu bunuh 1 team polis untuk selamatkan anak anjing tu. Dia dah mula "berperasaan". Brandt sedar perubahan Preston & nak perangkap dia. Preston plak mula suka ngan Mary, perempuan yang dia tangkap & tengah tunggu masa untuk hukuman bunuh. Pastu dia discover sesuatu yang baru dalam diri & mula cari geng rebel melalui Mary. Diorang plan untuk musnahkan suma kilang Prozium & guling pemerintahan Tetragrammaton Council. Preston request untuk jumpa Father. Tapi kena perangkap plak ngan Brandt. Diorang dah tau dia contact ngan geng rebel. Pastu mula la aksi2 hebat Gun Kata. Ending? Korang kena tengok sendiri la, haha. :P

The cool factor.

Selain dari aksi2 Gun Kata yang supercool, aku suka ngan costume dalam movie ni. Clerics pakai trench coat hitam cam dalam Matrix. Pastu suit color putih masa Preston pakai untuk jumpa Father. Costume security pun cool gak. Trench coat hitam ngan helmet full face. Yang pakai color putih pun ada gak. Guns.. lots of guns. Memang best. Suma real & bukan direka untuk movie. Ni adalah berdasarkan special features dalam dvd yang aku beli, hehe. :D


Aksi2 supercool Gun Kata.




Pakaian security.



Aku suka & highly recommended movie ni. Rasanya dulu tak masuk wayang kot. But like i said, it's an underrated movie. Tak ramai la yang tau. So silalah pegi beli dvd atau download. Aku gerenti korang puas hati. ;)

Friday, October 02, 2009

CARNAGE.

Ni adalah dari siri Spiderman Classics: Heroes & Villains keluaran Hasbro. But there's nothing new or improved since they reused( again ) the Toy Biz mold. Actually this one 1st came out in the Sinister Six boxset( Toy Biz ).


Carded.

Front.

Back.


Close up. Mata cam Venom McGargan( sila rujuk review yang lepas ya ) gak. A bit silverish. Body pun ada cam kilat2/sparkling skit.


Why i like Marvel Legends( Toy Biz mold of course ).. finger articulations! Check it out. :D


Toe articulation.


Accessories: 2 web-trap. Bleh lilit/ikat kat badan Spiderman. Bleh la. At least something kan?



Mari membelasah Spiderman.


Tag team with Venom. Warghh!!

Overall Carnage memang best. High play value. If you collect Spiderman, than this one is a must. But actually i prefer the one from Spiderman Classics series 8. This one the mouth is a bit gummy/slimy. Yang lagi 1 nampak gigi/taring. Ganas skit, haha. Tapi yang ni pun dah puas hati. :)

Thursday, September 17, 2009

JUNO SOUNDTRACK = LAGU2 CERIA & COMEL. :P


Penah tengok tak movie Juno? Kalu tak penah cepat kuar pi beli, hehe. Cerita dia kalu dari segi moral memang tak elok pasal melibatkan teenage pregnancy( amaran! ). Tapi movie ni cuba ketengahkan camna Juno deal ngan unplanned pregnancy. Dia tak gugurkan baby tu tapi bagi kat parents yang takleh dapat anak & btul2 nak jaga baby tu. Bagi Juno, dia tak layak lagi untuk jaga baby tu. Infact, dia tak anggap baby tu baby dia pun. Apa2 pun, sekali lagi aku ulang.. moral dia tak elok ya. The unplanned pregnancy shouldn't happened at the 1st place right?

>Wiki Juno<

Ok, sebenarnya aku nak cerita pasal OST movie ni. Lagu suma berunsurkan.. happiness, ceria, alam sekitar.. membuatkan aku rasa nak jadi aktivis, haha. :P Jom layan..
















Amacam? Ada tak rasa nak jadi aktivis alam sekitar atau aktivis haiwan? Hahaha! Oleh itu, cepat kuar pi beli soundtrack ni kat kedai yang berdekatan. Ataupun buat ja cam aku.. download! Muahahaha! :P

Tuesday, September 08, 2009

BUKA PUASA KAMPUNG PISANG.

Sabtu lepas( 5/9/09 ) kami warga Kampung Pisang buka posa ramai2 kat Shah Alam. Makan kat Restoran Pohon Rendang, Seksyen 7. Meriah! Ramai yang datang. Dalam 40 orang gak. So hari tu restoran "kami punya" la, haha. Ramai muka baru. Tapi suma cool. Pas buka posa ada plak yang sempat "buka kedai". Cam besa, acara belek2 mesti ada. Comics, marker paint ball, figures.. Bat Mobile aka Tumbler pun ada! Thanks to Chupa for sharing mainan-besar-tak-masuk-akal tu, hehe. Memang hebat Tumbler tu( sori tadak gambar ). Ni ja la gambar2 yang aku amik sebelum buka posa. Tak sempat nak amik gambar sangat pasal aku dok bersosial ngan suma orang, wahahaha! :D








Kalu nak tengok gambar2 lagi silalah ke Kampung Pisang ya.

Cheers. ;)

Monday, August 31, 2009

McDONALDS SESAME STREET MINI BEAN PALS.

Semalam( Ahad 30/8/09 ) aku berjaya beli complete set of 24 pieces McDonalds Sesame Street Mini Bean Pals, yay! Suma tak buka lagi & still sealed dalam baggy. Aku happy sangat! Sampaikan auntie yang jual tu pun sengih tengok aku ceria semacam ja, haha. :D Cuma wall pockets dia ja yang tadak. Tapi aku dah puas hati. Dulu penah booking kat sorang kakak yang jual kat Amcorp Mall. Complete set together with the wall pockets. Tapi masa tu ada a few yang dia tak bawak. So kena tunggu next weekend. Nak jadi cerita, the next weekend tu dia tak jadi jual. Katanya sayang plak. Aduss.. nak buat camna. Bukan rezeki aku kot. Tapi alhamdulilah akhirnya aku dapat gak. Berkat banyak bersabar tu. :)

Mengikut Muppet Wiki, set ni release kat Singapore tahun 1999. Tapi set yang aku beli printed tahun 2000. Rasanya ni set yang release kat Malaysia pasal aku tak ingat masa kuar dulu tahun berapa. Each baggy was numbered from number 1 to 24 & each mini bean pal got their own tag. There's a fun facts at the back of each tag. Contoh: Bert suka kumpul tudung botol & kilp kertas.



1)Elmo - 2)Big Bird.




3)Snuffleupagus - 4)Betty Lou.





5)Benny Rabbit - 6)Guy Smiley.





7)The Count - 8)Bert.





9)Oscar The Grouch - 10)Sherlock Hemlock.





11)Natasha - 12)Mumford.





13)Zoe - 14)Barkley.





15)Cookie Monster - 16)Baby Bear.





17)Twiddle Bug - 18)Telly Monster.





19)Rosita - 20)Honker.





21)Herry Monster - 22)Ernie.





23)Grover - 24)Rubber Ducky.




Poster promosi kat Singapore.



Today's entry was brought to you by the letter D & the number 9. ;)

Monday, August 24, 2009

BACK FROM MY HOMETOWN - SELAMAT POSA UNTUK SUMA. :)

Aku masih dalam mode keletihan. 745 am tadi baru sampai balik dari kampung. Alasan untuk masuk opis lambat, hehe. The whole week aku kat Kedah. Outstation kat Jitra dari Isnin sampai Khamis. Jumaat balik Putrajaya. Sabtu pagi pas subuh balik kampung( which is Kedah lagi ) plak ngan adik & adik ipar aku. Phew, what a long week for me. Letih! Posa plak tu, huhu. Anyway, sekadar update pantas haul aku semasa outstation( sempat hunting gak :D )..


Bas double decker Matchbox( latest wave ). Bakal dijual kat Amcorp Mall nanti, hehe.

Dvd.. Fight Club( full copy of special features! ), Kill Bil Vol. 1, Tombstone: Director's Cut & Robin Hood: Extended Edition.

Disebabkan keletihan & ngantuk yang makin melanda, maka setakat ini ja lah update kali ni. Sekian.. zzzzzz..

:P

Wednesday, August 12, 2009

VENOM( MAC GARGAN VERSION ).

Akhirnya aku dapat gak Venom yang dicari selama ni. Legaa.. Walaupun aku prefer Eddie Brock version, tapi kira bleh la. As long as Toy Biz punya mold( yup, Hasbro reused mold Toy Biz ). Ni adalah dari siri Spiderman: Heroes & Villains.



Front: Noticed that he got blue tinted? There's also a purple tinted variant.


Back: Check out the muscles, hehe. Ada button untuk "jaw slash action".


Side: Nampak tak button yang terjojol kat blakang tu?


Up close & personal with Mr. Mac Gargan. Kalu tekan button kat blakang, lower jaw akan terbuka ke bawah skit. Lidah agak keras. Aku tak sure Toy Biz punya keras atau lembut. Kepala cam takleh pusing( actually aku tak brani nak pusing ). Pun aku tak sure gak Toy Biz punya bleh pusing ka tak. Color mata a bit silver, banding ngan Toy Biz putih. Perbezaan paling ketara Venom versi Mac Gargan ni adalah lambang labah2 tu. Kaki/tangan labah2 nampak cam "kilat" skit.


Individual finger articulation. My favourite, haha. Ni adalah salah 1 kehebatan mold Toy Biz. Nampak tak urat2 kat tangan tu? Memang detail.


Articulations kaki pun best.


Kasi pose skit.


Warghh!!



Overall aku memang puas hati sangat. Play value cukup tinggi. Super articulations! Cuma torso tu aku tak sure bleh bend ke depan ka tak. So far aku just pusing2 ja. Bleh berdiri ngan elok tapi kena pose yang sesuai/btul. Kalu tak mudah jatuh pasal this guy is heavy. Lagi pun kedudukan dia agak membongkok ke depan pasal muscles kat blakang besar. So kalu korang nak beli, memang aku rekomen sangat. Takyah pikir panjang pasal for sure korang akan puas hati, hehe.


Enjoy. :D