Wednesday, February 18, 2009

JAWA & WED TREADWELL DROID.

Ni figure Jawa yang ke 2 based on "purchase of the droids"( A New Hope ) scene. Haa.. kalu korang nak tau, ni la Jawa yang tembak R2D2 masa kat Jundland Waste. Yang 1st release, Jawa & LIN Droid dalam siri 30th Anniversary Collection( TAC ). Tapi aku tadak yang tu.. argh! Apa2 pun aku happy pasal dapat gak yang siri The Legacy Collection( TLC ) ni. Thanks to Danger Mouse pasal jual kat aku( walaupun ujung bulan baru bayar.. pokai! :( ).







Basically aku suka Jawa ni pasal detail. Wrinkle & texture kat jubah, bandolier, kesan kotor.. even seluar pun bleh nampak kat dalam jubah! Kalu Jawa POTF2 kaki dia molded together. Cam base. So takleh nampak kaki la. Articulation memang puas hati. Tengkok, bahu, siku, tangan & pinggang. Kaki dia fixed. Tapi still bleh berdiri elok. Kali ni mata dia just painted in gold color ja. Yang POTF2 ada light up eyes( ada light pole atas kepala ). Tinggi pun aku rasa lebih kurang sama ngan POTF2 version( sorry takleh buat comparison pasal Jawa POTF2 ada kat kampung ).


Aksesori: Blaster with battery pack & lagi 1 tu aku tak tau apa dia. Cam silencer pun ada gak. Maybe "droid caller" kot cam TAC version? Blaster tu attached kat battery pack.



Blaster fit elok dalam holster. Battery pack plak bleh plug in kat bandolier.


Blaster dia pelik skit pasal tadak pemegang. Nasib baik grip tangan Jawa ni kuat. So aku just selit jari dia kat trigger tu ja.



Wed Treadwell Droid ni pun best gak pasal banyak ariculation & detail. Dia ada 8 tangan & suma bleh gerak! Sensor yang cam kepala dia pun bleh pusing. Tayar sekadar hiasan. Takleh rolling.



There you go. Aku memang suka Jawa, walaupun aku bukan orang Jawa atau Madura.. hahaha! :P Tapi berbaloi beli pasal 2 in 1. Jawa dapat, droid pun dapat. Kalu ada Sandcrawler dah bleh buat diorama ni. Ishh.. nak kena cari Sandcrawler plak! Dem. :D

Uttini!

Thursday, February 12, 2009

TIDOQ YANG TERGANGGU & LAIN2.

Aku lewat hari ni. Padahai tidoq awai semalam. Tapi telajak gak. Actually semalam tidoq aku terganggu. Bukan ngan hantu atau puaka niang rapik tapi.. panggilan telepon! Aku rasa dalam kui 4 pagi ada 2 3 call. Aku kalu dah tidoq sorry la nak pick up. Kecuali bunyi ringtone family aku ja. Dah la aku jenis senang terjaga kalu ada bunyi2. Dalam kui 4:30 aku bangun pi toilet. Ingat bleh tidoq balik la. Tetiba bunyi lagi! Aku buat dunno ja. Bila dah abih bunyi aku pi tengok phone pasai tak puas ati. Laa.. Boyak ka. Dia nak apa pagi2 buta ni? Hmm.. sambung tidoq balik. Tapi dalam keadaan susah nak tidoq laa.. argh!

Tit.. tit.. tit.. alarm bunyi. Laa.. rasa cam baru tidoq ja. 2 3 kali aku snooze jam tu. Last2 kui 7:35 baru aku terjaga. Dah lewat! Bangun trus mandi & get dress cam besa. Malas nak kelam kabut. Memang sure aku sampai opis kui 8:30+. Dem.

On the road plak ramai orang bawak keta cam haram. Kalu hangpa nak tau, orang2 Putrajaya ni bleh katakan suma camtu. Laki & pompuan sama ja. Tapi slalu pompuan teruk skit la, haha. Aku memang noobie pasai keta/moto tapi at least aku tak nyusahkan orang atas jalan raya. Kat sini kalu depa nak belok kat simpang memang susah btui la nak bagi signal. Aku pun berenti la ingat depa nak jalan trus. Tah2 belok kiri gak. Haram btui! Kalu dari jauh bagi signal takyah la aku berenti. Dah tu ada lagi 1 spisis yang jenis dah dekat ngan traffic light baru kelam kabut nak tukaq lane. Lepas traffic light tukaq lagi. Gila la! Buat aku emo ja pagi2 ni. Huh.

Kat opis plak ada sorang kakak bawak Honda Civic baru terkial2 nak masuk basement. Adoi.. dah tau keta tu lebaq amik la side awai2. Sampai ke B3 aku kena follow dia. Sakit ati btui. Pastu time nak parking jenis dok adjust nak masuk blakang dulu. Konon nak kuaq satgi senang. Block aku lagi! Ala kak woi.. parking B3 tu tak penah penuh pun. Dah la jenis park kalu bleh nak btui2 depan lift. Haa.. kan tak pasai2 aku emo + maki hamun orang pagi2. Dem. Sampai meja on pc & login Meebo. Nasib baik ada 2 3 orang kawan2 online. Bleh gak sembang2 sat. Ahh.. what a morning.

Sambung keja..

Tuesday, February 10, 2009

DIAL M FOR..

Ni tadak kena mengena ngan crita Alfred Hitchcock tu, Dial M For Murder. Tak kenai Alfred Hitchcock? Laa.. yang buat crita Psycho, Rear Window, The Birds.. cam2 lagi. Classic tu.

Sejak dari awai tahun lagi ada 1 huruf M besaq punya dalam badan aku ni. Bukan tak mau keja, tapi.. tu la, huruf M tu. Damn btui. Lately percentage aku mai keja nak jumpa kawan2 lagi banyak dari nak keja, huh. Tapi aku still mai keja la. Skang ni dah melarat sampai nak buat keja lain pun tak leh. Arghh!! Kuat btui huruf M ni.

Last weekend tak pi mana pun. Lepak umah ja.. layan internet, tv, movie & makan! Haa.. makan adalah acara utama. Rasa lapaq ja, trus pi dapoq. Peti ais dah jadi best friend aku kat umah. Dah 2 weeks in a row aku buat perangai cam ni. Letih badan woi! Kali ni kalu ada cuti hari Isnin lagi, aku nak keja gak. Dah bosan layan cuti, haha. Buat 2 3 kali lagi cuti cam ni, mau aku jadi cam mamat kat bawah ni..

Hey hey hey.. it's Fat Albert.. Na na na.. na na na na..



Dial M For MALAS!

:P

Sunday, February 08, 2009

ACROSS THE UNIVERSE.


Hari tu review toy, kali ni aku try review movie plak. Aku beli dvd ni lama dah, bulan posa tahun lepas lagi. Tapi baru hari ni tengok, hehe. 1st of all, ni crita muzikal. Tapi bukan cam High School Musical yang tah apa2 tu( sorry for the comment ya ).

"All you need is love.. love.. love is all you need"

Yaa.. the immortal words from The Beatles. Crita ni cam convert lirik lagu The Beatles jadi skrip movie. Basically ni kisah Jude nak cari bapak dia yang dia tak penah jumpa sejak kecik. Masa ni zaman perang dunia. One day Jude ikut kapai dagang pi US. Tinggai la mak & girlfriend dia kat Liverpool. Sampai sana Jude jumpa bapak dia yang keja sebagai janitor kat Universiti Princeton. Tapi bapak dia blur skit pasai tak penah tau yang dia ada anak kat Liverpool. Bapak dia dulu askar.. so go figure la. Jude cool ja. Dia just nak jumpa, confirm yang dia ada bapak & bapak dia ada anak. Pastu Jude jumpa Max, sorang anak orang kaya yang rebel. Pas kenai lebih kurang, Jude follow Max pi New York. Kat sana diorang lepak 1 umah ngan sorang penyanyi, Sadie. Sadie plak dapat sorang guitarist untuk band dia, nama Jojo. Dia pun lepak skali 1 umah. Bertambah lagi sorang ahli umah bila Prudence tetiba muncul ikut tingkap toilet, haha. Max ada sorang adik pompuan, Lucy. Boyfriend Lucy baru mati masa perang kat Vietnam. So Lucy pun join Max kat New York. Masa ni la Jude & Lucy mula ada intimacy.


Jude.


Lucy.

Tetiba Max plak kena join askar US. Kerahan tenaga la tu. Lucy dah mula risau. Dalam keadaan US tengah havoc ngan revolusi & chaos, Lucy join 1 group revolusi. Actually dia keja ngan diorang. Jude mula jealous pasai Lucy banyak abih masa kat opis ngan ketua group tu. Masa 1 rusuhan berlaku, group tu kena tangkap ngan polis. Jude nak tolong Lucy, tapi dia pun kena tangkap gak. Dia kena masuk jail pasai tadak Visa. Masa tu la bapak dia melawat & tolong settle. Jude kena balik Liverpool.

Max balik dari perang pasai cedera. Jude jumpa balik girlfriend dia.. yang dah kawin & pregnant. Lucy plak quit dari group revolusi tu. One day, Jude baca kat newspaper yang bangunan tempat Lucy keja meletup kena bom. Dia trus pi US. But this time, legally. Max pick up dia & bawak pi jumpa geng lama. Masa tu Sadie ngan band dia tengah perform kat atas sebuah bangunan. Lucy datang gak, tapi dia lewat & takleh naik atas bangunan tu. Pastu polis suruh diorang turun dari bangunan pasai cam ganggu ketenteraman awam. Jude sempat sembunyi & trus nyanyi bila suma dah turun. Lucy dengar. Dia trus naik atas bangunan sebelah.. & nampak Jude. Abih.. ;)

"She loves you yeah.. yeah.. yeah"


The gang.

Antara scene favourite aku:

1) Prudence nyanyi lagu I Want To Hold Your Hands. Selamba ja dia jalan lenggang lenggok kat tengah padang yang penuh ngan budak2 football dok training. In her cheerleader costume plak tu. :P

2) Max register masuk askar. Rasa cam diorang kat dalam kilang buat robot plak, haha.

3) Jude buat "strawberry field"( refer gambaq Jude kat atas ). Dia cucuk strawberry banyak2 kat dinding. Very artistic.

Movie ni dah lama kuaq, tahun 2007 lagi. Directed by Julie Taymor. Tak tau nak komen pasai director pasai aku tak familiar. Dekat 2 jam gak crita ni. Ok, pasai apa aku suka crita ni? Haa.. pasai based on lagu The Beatles la. Lagi pun aku suka British accent.. groovy babeh, haha. Pastu crita ni.. beautiful, colorful & retro style. Memang aku rekomen kalu sapa2 nak tengok. :D

Tuesday, February 03, 2009

STAR WARS MASTERPIECE EDITION - ANAKIN SKYWALKER: THE STORY OF DARTH VADER.

Ni percubaan pertama aku untuk review toy, hehe. So aku mulakan ngan barang yang baru aku amik hari Ahad lepas. Thanks to Rockaholic pasai tolong beli & Aedy pasai tolong simpan untuk aku. Wokeh, lets go. :)

Kotak dia memang besaq & berat( window box ). Tinggi lebih kurang 16 inci. Bentuk pun cam piramid plak tu.


Isi dalam.. 1/6 scale figure & sebuah buku hardcover. Figure ni tinggi lebih kurang 13 inci. Buku plak ada 100 muka surat.

The Book.

Buku ni ditulis oleh Stephen J. Sansweet( a star wars collector ) ngan Daniel Wallace & Josh Ling. Published by Chronicle Book. Ada 3 chapter.. The Emergence Of Darth Vader, The Saga Of Darth Vader & 20 Years Of Darth Vader Collectibles.

1st chapter crita camna George Lucas create watak Darth Vader. Dia kata nama tu cam just pop-up dalam kepala dia ja. Actually dia ada banyak nama Darth, tapi Vader yang jadi pilihan. Kat sesetengah negara Europe, Darth Vader bermaksud "dark father".

Design awai yang refer helmet tentera Jerman & topeng Samurai.


Skrip asai & storyboards( bleh nampak ka? haha. ).

Tapi paling aku suka, chapter 3. Ada list suma jenis Darth Vader punya collectibles seluruh dunia. Yang official punya la. Pasar malam punya tak kira, haha. You name it.. dari lolipop, tudung botol, sarung bantal.. sampai la ke sabun Darth Vader! Yang aku suka sangat tu pasai..

Tu diaa.. nampak tak? Nama Malaysia ada dalam list tu, yeah! Bangga btui aku. :D

Last scene dalam ROTJ.. spirit of the Jedis. Yang sebelah kiri tu Sebastian Shaw, pelakon asai spirit of Anakin Skywalker.

The Figure.

Ni adalah satu2nya 1/6 scale figure Anakin Skywalker versi Sebastian Shaw. Walaupun kat kotak ada logo The Kenner Collection, tapi figure ni produced by Hasbro. Actually time tu( 1998 ) Hasbro dah take over Kenner. So The Kenner Collection ni kira antara last series dari Kenner la.



Memandangkan figure ni dari Kenner/Hasbro, so takleh nak expect hebat sangat la. Tapi bagi aku memang ok. Articulation basic ja. Tangan & kaki takleh bend. Pakaian ada 3 set.. baju long sleeves & seluar panjang kat dalam.. standard Jedi tunic.. hooded cape. Material kain memang puas hati. Jahitan pun cantik & kemas.

Belt ada holster untuk lightsaber.



Kasi close-up skit.

Fuhh.. penat! Haha. Ok, tu ja la yang bleh aku crita kot. Apa2 pun, aku memang puas hati ngan figure & buku ni. Memang berbaloi kalu korang dapat beli. Tapi nak dapat pun susah gak la( tak caya tanya Rock, hehe ). Release tahun 1998 & tak penah reissue. Tu yang buat dia jadi berharga.. bagi aku la. :D

Monday, January 26, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU.. TRIPLE TREAT FOR ME! :D

Ok, bukan aku yang pengantin baru tu.. adik aku daa. Haha. Tapi aku tumpang happy. 1st wedding of the family! Congrats sis! Nak tunggu aku yang jadi 1st, ntah bila pun tak tau lagi. Hehe. Kemarin baru selesai suma. Akad nikah 23, bersanding 24 & sebelah lelaki 25. Fuh.. letih! Baru aku tau camna sibuk & letih kalu ada wedding dalam family. Well, bukan nak kata aku buat keja sangat pun. Suma tu geng pakatan yang buat. Sampaikan abah aku nak buat keja pun depa tak bagi. Ya la, tuan umah kan? Apa2 pun, tahniah untuk abah & mak aku pasai dah dapat menantu. ;)

Adik aku yang pompuan tu.

Wokeh. What's with the "triple treat"? First of all, of course la wedding adik aku. Memang yang tu on top of all. Tapi.. ada tapi tu, haha. Masa hari akad nikah, aku dah happy gila. Petang Aedy sms abaq kata Masterpiece Darth Vader aku dah landing kat umah dia. Yay! Aku pun sms Rock nak abaq kata barang dah sampai. Tetiba.. Rock call..

"Bro, aku baru haul barang ko ni"

What the?!.. AT-AT! Kenner! Yeehaa! Alhamdulillah.. akhirnya dapat gak. Berkat kesabaran menunggu selama ni. Skang dah complete suma vehicle yang aku btui2 nak. Apa2 pun, Rock is the man! Memang dah tahap bleh join geng Bounty Hunter, haha. Dia ni memang jenis murah rezeki. Nasib pun memang selalu sebelah dia. Tapi suma tu pun bukan mai ngan mudah. Kena hunting kaw2 punya. Tadak keta, "belalang tempur" pun jadi. Wakakaka! :P


Gambaq ni cilok Rock punya.. hihihi.

To Epul aka Rockaholic.. BIG thank you bro! :)

Tuesday, January 13, 2009

SAJA SAJA..

Hmm, tak tau nak buat apa ni. Rasa bosan & boring dah melanda, haha. Just nak update gambaq2 yang aku amik lately. Sejak 2 3 menjak ni aku makin ngidam DSLR. Argh! Sebenaqnya dah lama aku nak. Tapi besa la.. budget. Kalu ada budget pun, kadang2 terpaksa allocate kat "barang" lain dulu. Kali ni saving kena lebih skit la, hehe. Skang ni aku guna Nikon Coolpix 2200 & handphone Sony Ericsson aku ja. Insyaallah, tahun ni plan nak beli 1. Dah la kawan2 pun dok racun.. Rockaholic, Tottis.. argh! Ahad lepas Aedy bagi try Nikon D80 baru dia. Fuhh.. memang solid bila pegang. Mantap! Tapi aku target D40 atau D60 ja. Beginner la katakan. ;)



Kalu dah tidoq.. orang makan kat atas pun tak sedaq, haha. Kucing2 kat Restotan Perantau, Bangi.


Ni lagi sekoq. Depan pintu pun jadi. Kucing Pakcik aku ni. Tak ingat nama Boboi ka Darling pasai ada 2 ekoq. Sama plak tu. Konpius aku.



"Ciuman ikan".



Aku di dalam cermin. Favourite subjek.. parking opis aku, hehe.


DK? Dark Knight?

Monday, January 12, 2009

PENCARIAN DAH BERAKHIR! :D

Kemarin pi Amcorp Mall nak pick up Female Tusken Raider yang aku booking minggu lepas. Tiba2 jumpa plak figure yang dah lama aku cari, yang aku nak sangat.. POTF2 Royal Guard! MOC, kad pun cantik lagi. Tak tahan! Trus grab ja. Royal Guard ni memang takleh tengok la.. "mesti mau", haha. Harga pun ok, RM30 ja. Well, bagi aku ok la pasai price = condition. Figure ni pun dah lama kuaq. Tahun 1997 lagi. Dulu penah jumpa gak kat toy shop. Tapi harga tak masuk akai. Lega rasa. So, my next target is.. vintage Royal Gurad plak! Yeah! :D




Check out the cardback. Memang baik punya condition. Aku bleh kata dalam C8+.

Saturday, January 10, 2009

KUPU KUPU MALAM LAGI.

Ada lagi "tetamu" datang lepak kat bilik aku. Ok gak, bleh amik gambaq. Hehe. :)




Ada lagi..




Thursday, January 08, 2009

KALAU DAH PENUH, PARKING B3 YAA..

Akhirnya.. dapat gak aku "surat cinta" dari pak guard opis, haha. Tah camna bleh kena plak hari tu. Blum ni aku dok parking kat tepi dinding tu ok ja. Tapi memang tak bleh parking pun kat situ. Saja aku malas nak turun B3 pasai kena tukaq lif. Kalu B2, bleh trus pi department aku.


Ni dia "surat cinta" tu. Color pink lagi, haha.

"Deyy.. tarak baca ka?"


Skang aku dah parking B3. Malas dah nak tercari2 parking kat B2 tu. Kalu terlewat, memang penuh punya. Jawabnya.. tepi dinding la, haha. So baik trus turun B3 ja. Tottis pun parking situ gak. Bleh la pedajal keta dia nanti. Hang jaga Tottis, wakakaka! :P

Keta sapa la ni. Ada ka letak kotak atas bumbung? :P

Wednesday, January 07, 2009

YO MANG KEMBALI?

Hari tu aku nak pi bilik Tottis. Sampai ja kat sana, aku nampak ada 1 makhluk terlentang atas lantai. Siap ngan pakai topi koboi. Terkejut aku! Yo Mang kembali?

Pasai nak tau makhluk tu idup ka tak, aku sepak kaki dia. Bergerak! Kali ni ngan pose lain plak. Idup la tu.

Tottis masih tak kelihatan. Aku pun malas dah nak tunggu, so aku blah. Masa nak kuaq dari bilik, tetiba aku dengaq satu suara.. "pulut 2 pinggan..". Hah?! Yo Mang makan pulut ka? Atau ngigau crita P Ramlee? Ngan pantas aku trus blah.

Bilik "raksasa Yo Mang" ditemui.

Tuesday, January 06, 2009

SELAMAT DATANG 2009, SELAMAT TINGGAL 2008, KIRIM SALAM KAT 2007: PART 2.

Sejak 2 3 menjak ni aku banyak haul toys yang dah lama aku cari. Suma toys yang btui2 aku nak, mostly dah dapat. Dari Orchard Road, Singapore sampai la ke Tokyo, Jepun aku haul. Memang puas ati. Happy gila! Tapi.. suma tu orang yang tolong belikan. Kawan2 aku. Aku btui2 berterima kasih kat depa suma. Tanpa depa.. sapalah aku, tanpa toys.. kakaka! :P

But seriously, I really can count on them. They always know what I want. Racun or not, kalu dah toys susah nak dapat.. they just go & grab ‘em. Here I present the Hall Of Fame.

CIRCLE OF FRIENDS.

Aedy.

Aku rasa dia la yang paling banyak haul untuk aku. This guy is a hunter. Dia tau apa aku nak, aku tau apa dia nak. So kalu jumpa ja barang, trus angkat. We used to hunt together way back in ROTS year. It was a crazy time back then, haha.

Rockaholic.

Another bounty hunter from “land of the rising sun”. This guy hunts a lot. It’s like everyday is hunting season for him. Pasai tu la dia bleh jumpa suma barang “baik punya”. Tapi dalam keadaan dia dok tolong beli barang kat aku, dia pun teracun gak. Haha. Apa bleh buat.. once a collector, always a collector. Walaupun baru kenai & tak penah jumpa, tapi dia memang tak berkira.

Boyarque.

Master scalper.. kakaka! Dia ni la antara yang bertanggung jawab bagi aku tarik balik “persaraan”. Sumanya mula ngan Dagobah X-Wing. Pastu melarat balik “penyakit” aku. But actually, this guy also get poisoned by me, hehe.

Danger Mouse.

DM banyak tolong aku amik loose figures kat Ebay US. Pasai aku tadak Paypall, so aku tumpang dia la. Amik banyak barang, bleh save shipping skit. Ok la kan. “Sepakat membawa berkat”, haha. Kalu time dia busy, takleh monitor bid, aku tolong bid. Maklumlah.. lawyer. Banyak gak la loose figures yang aku dapat hasil tag team ngan DM. Murah plak tu.

Tottis.

Haa.. yang ni lain skit. Walaupun dia tak penah tolong beli barang kat aku, tapi dialah yang bertanggung jawab rekomen aku kat Rockaholic. Mula dulu aku segan gak nak kirim barang ngan Rock, tapi Tottis kata dia ok. Hasilnya, kami pun dah jadi kawan skang, hehe. So dia memang layak masuk Hall Of Fame aku. Lagipun dia ni banyak gak tolong aku pasai keta. Aku ni noobs pasai kenderaan bermotor.

Honorable Mention.

Tak lupa gak geng Kg. Pisang. Hangpa suma memang cool( pasai peminat “abang cool”, haha). Hajime, Amuro, XUniverse, JamieGX, Kutet, Darkwing, Redeyes.. ramai lagi la. Salute guys!

Actually aku pun memang nak stop collect toys dah( statement maut ni, haha ). Hopefully this year bleh dapat barang2 yang aku btui2 nak, then I will proceed my retirement.. in peace. :D

“May The Force Be With Me”

Thursday, January 01, 2009

AL-FATIHAH.. :(

Assallamualaikum. My 1st entry of 2009. Aku baru sampai dari Johor, letih. Hari Selasa malam nenek aku meninggal. So aku ngan family pi sana tengok arwah. Abah, mak & adik aku sampai dari Kedah dalam kul 4 am kemarin. Pastu kami bertolak dari umah Pak Cik aku kat KL dalam kul 530 am. Pak Cik, Pak Teh & Mak Teh aku ikut skali.

Actually, abah & mak aku baru ja balik dari Johor hari Selasa tu. Depa pi panggil makan kenduri kawin adik aku & tengok nenek aku la. Dia pun sebenaqnya tak sihat, ada kat hospital. Tapi doktor kata dah bleh kuaq hari Rabu pagi. Mak Cik Sal aku pun kata masa kat hospital, depa sembang ok ja. Nampak sihat. Suma dah ready nak bawak dia balik ja pagi tu. Tapi.. masa dia dah sampai. Tuhan dah panggil. Sapa pun takleh halang.

Kami sampai Johor dalam kul 930 am kemarin. Sempat tengok arwah kali terakhir, sembahyang & kebumi. Suma sedara sebelah mak aku ada. Pak Long, Pak Cik Isa, Mak Cik Sal, Pak Cik Mamat, Pak Cik Syam, Mak Cik Chom, Mak Su Joanna, anak2 Mak Cik Sal.. ramai. So, aku dah tadak atuk & nenek sebelah mak aku. Sedih.

Kematian.. tadak sapa pun bleh ramal. Dan yang mesti ingat, suma orang akan hadapinya. Mungkin skang kita sihat, esok tiba2 sakit. Sapa tau kan? Aku tak pandai nak tunjuk rasa sedih sangat. Tapi memang sebak masa cium dahi arwah. Pastu tengok sedara aku yang nangis plak. Aku tahan ja. Tapi masa kat kubur, pas arwah dah masuk dalam liang lahad.. cam2 terbayang. Sikit2.. mula2 tutup ngan papan.. pastu timbus. Masa tok imam baca Talkin, berderau darah aku. Jantung laju ja pam darah. Aku bayangkan camna kalu yang dalam kubur tu aku? Dah bersedia ka aku?

"Dari tanah kamu Kami jadikan.. ke tanah jugalah kamu Kami kembalikan.."

Aku tak tau apa prasaan hangpa, tapi bagi aku.. sejahat mana pun orang tu, kau dah dengaq orang baca Talkin mesti ada yang terasa. Tak tau la kalu Tuhan dah tutup hati tu, dah gelap.. mungkin tak rasa apa kot? Hmm, aku dah letih sangat. Abah, mak, adik, Pak Teh & Mak Teh aku dah on the way balik Kedah. Sapa2 yang baca, tolong sedekah Al-Fatihah untuk nenek aku, Aminah binti Ahmad.. Al-Fatihah.

:(