Friday, January 29, 2010

AVRIL LAVIGNE IN AMERICAN IDOL.

Semalam aku tertengok American Idol kat 8TV. Actually masa tu tengah tukar channel, tetiba ternampak Avril kat 8TV. Rupanya dia jadi guest judge. Tak tau plak season berapa (rasanya baru gak kot) pasal tak penah layan pun. Tapi semalam Avril punya pasal layan ja, hehe. Katy Perry pun ada gak as guest judge.



Cool hoodie.


Aku rasa Avril tak berapa sesuai la jadi guest judge tu. Don't get me wrong. She's a very talented singer/song writer & i'm a fan. On top of that dia termasuk dalam senarai hot chick aku, kakaka. Cuma rasanya dia tak sampai lagi level untuk judge competition camtu kot. But she's doing fine in the show. Alaa.. guest judge ja pun. Tadak kesan kalu nak banding ngan 3 orang permanent judge tu kan? Sama la cam kita punya Akademi Fantasia (yang aku meluat!).. invite pelawak la, pengarah filem la & tah sapa2 lagi. Apa2 pun Avril tetap rock! :D

Ni lagi 1 kisah pasal Avril. Dia dah tulis & rakam lagu tajuk Alice untuk soundtrack filem Alice In Wonderland. Tajuk album tu ialah Almost Alice. Release bulan 3. Nice! Check out the cover of the single.



Poster movie Alice In Wonderland.


Video clip pun dah buat. Release bulan 2. So selain dari layan movie bleh gak layan lagu skali, hehe. Tapi aku rasa kalu try cari kat Youtube later ada kot. Lagi pun lagu tu dah kuar kat radio US. Torrent? Hee.. hee.. hee..


Rocker chick rules! ;D

Thursday, January 28, 2010

A TRIP TO SINGAPORE.

Ni adalah cerita lama. Patut entry ni tahun lepas lagi. Tapi tak berkesempatan plak. Cam la busy sangat, haha. :P. Bulan 12 tahun lepas (17-20/12) aku, Aedy, Fared, Rizal & Shah bercuti kat Singapore. Memang dah lama sangat aku teringin nak pi sana. Akhirnya berjaya gak, alhamdulilah. Bukan apa, aku just teringin nak tengok toys scene kat sana. Kat Malaysia puas dah, hehe. Kitorang pi naik train & stay kat backpackers hostel ja. Tapi puas hati & murah. Train (pi & balik) + hostel (3 hari 2 malam) = +-RM200. Ok la kan? Hostel pun buat mandi & tido ja. Siang memang all out jalan2. Jom layan gambar plak..







Gambar2 kat atas sama ja cam kat Facebook aku. Ada banyak lagi kat situ.

Haul! 1:6 stuff.. nude bodies from BBI & DML.


Royal Hong Kong Police - Emergency Unit (DML). Aku dah review figure ni dalam entry lepas.

My fetish.. gas mask! Haha. :P Both from HT.


Nuclear/Biological/Chemical gask mask with hood from DML.


Shoes.


World War 2 gas mask set from DML.


Tu ja yang mampu aku haul kat sana. Kalu nak ikut nafsu membeli memang sakit la, haha. Nasib baik bleh sabar lagi. Toy shops kat Singapore memang best. Tapi bukan terbaik la pasai aku rasa lebih kurang ja. Barang2 lama pun still bleh dapat lagi. Flea market diorang memang lagi best dari sini (in term of toys la). Macam2 ada & harga berpatutan. Kalu pandai bargain memang bleh dapat harga yang kita nak. Aku memang puas hati. :D

Insyaallah kalu tadak apa hal bulan 8 nanti nak pi lagi. Harap2 kali ni "well prepared", hehe. Until next trip.. ;)

Tuesday, January 19, 2010

FRINGE.

Ni adalah siri tv baru kat NTV7 tiap hari Sabtu kul 830 pm. As of last Saturday baru episode 3 untuk 1st season. Tapi siri ni sebenarnya dah lama kat US. Tahun 2008 lagi. Skang dah 2nd season kat sana. Created by JJ Abrams (Alias, Lost, Star Trek..). Pasal apa aku suka siri ni? Pasal ianya mengingatkan aku kat The X-Files (my all time favourite tv series). Cerita pasal penyiasatan kes "pelik2" oleh sorang agent FBI & 2 orang scientist.


The main cast. L to R: Peter Bishop (Joshua Jackson), Walter Bishop (John Noble) & Olivia Dunham (Anna Torv).


The gang.


Aku bleh katakan siri ni memang inspired by The X-Files. Tapi tak bermaksud diorang tiru pasal kes2 berlainan & cara pendekatan untuk settle kes pun lain. Main cast pun cam alternate version of The X-Files. Kali ni agent FBI adalah pompuan (Olivia) & partner/scientist adalah lelaki (Peter). Cara Peter lebih kepada scientific evidence & teknikal tapi Olivia lebih kepada pengalaman & agak skeptic. Anything goes style. Btul kan aku kata cam The X-Files, hehe.

Dalam 1st episode Olivia & partner/bf dia (John Scott) siasat kes penumpang sebuah kapal terbang yang mati dalam keadaan pelik. Suma melted. Semasa dalam siasatan John terdedah kepada sejenis bahan kimia. Badan dia jadi translucent. Olivia nak mintak tolong sorang "mad scientist", Walter. Tapi dia plak ada kat pusat rawatan mental. So Olivia kena mintak tolong anak Walter, Peter untuk yakinkan bos dia untuk bawak kuar Walter & benarkan Walter buka semula makmal dia kat Harvard. Maka dari sini la diorang mula jadi team.

2nd episode aku tak sempat tengok tapi 3rd episode kisah sorang pompuan yang pregnant hanya beberapa jam pas sexual intercourse & terus deliver a baby. Baby tu plak aging within hours & terus mati. Agak menarik pasal melibatkan pelbagai pihak termasuk sebuah firma "misteri", Massive Dynamics. Ni suma in the tradition of The X-Files la. Ada characters yang cam Cigarette Smoking Man (CSM), Deep Throat.. aku suka! Haha. :D


Salah 1 cool factor.. nama lokasi untuk every scene diorang buat dalam bentuk 3D. Nampak tak nama Massive Dynamics tu? Kalau The X-Files tiap kali tukar lokasi ada tulis nama tempat, tarikh & masa. So dalam Fringe diorang buat kelainan skit la.



Agent Olivia Dunham yang dilakonkan oleh Anna Torv. She's an Aussie babe. Tak kenal? Aku pun, haha. :P But she looks good in that attire. Reminds me of Agent Dana Scully. ;) Aku tak nampak chemistry antara Olivia & Peter. Cam tak match la, haha. Better lagi Mulder/Scully & Booth/Brennan (Bones).



Apa2 pun aku nak layan sampai abis season 1 dulu. Aku rasa setiap episode akan bertambah menarik. Season 1 dvd boxset pun dah kuar kat kedai "lanun" Amcorp. Kalu miss banyak episode beli ja, haha. So aku ucapkan selamat menonton untuk korang. :)

Friday, January 15, 2010

SAM THE KOALA.



Aku follow cerita pasal Sam (Samantha) ni dari tahun 2008 lagi. Bulan 2 tahun tu ada kebakaran hutan yang teruk kat Victoria, Australia. Lebih kurang 173 orang telah tebunuh dalam kebakaran tu. Kalau manusia yang dok luar hutan pun terkorban, apatah lagi binatang yang dok dalam hutan kan? Kita tinggal jap cerita manusia terkorban pasal aku nak cerita kisah sekor koala ni. Masa tengah padamkan kebakaran hutan sorang ahli bomba sukarela, Dave Tree telah terjumpa sekor koala. Keadaan koala tu agak teruk ngan tapak kaki & tangan melecur. Ni adalah petikan kata2 Dave masa tu..


"You can see how she stops and moves forward and looks at me. It was like a look saying "I can't run, I'm weak and sore, put me out of my misery."

"I yelled out for some water and I sat down with her and tipped the water up. It was in my hand and she reached for the bottle then put her right claw into my left hand which was cold so it must have given her some pain relief and she just left it there. It was just amazing."



Kisah Dave bagi koala minum air ni telah dirakam dan di upload ke Youtube. Korang taip ja Sam the koala sure dapat punya. Dalam beberapa hari ja ia menjadi topik hangat seluruh dunia. Surat khabar seperti Times, Herald Sun dan lain2 banyak buat liputan. It's a new phenomenon. Ramai orang terharu ngan kisah tu & Sam telah menjadi ikon harapan baru untuk mangsa2 yang terselamat dari kebakaran tersebut. Sam ditempatkan di Southern Ash Wildlife Centre bersama ngan koala2 lain yang berjaya diselamatkan. Ia juga menjadi kebanggan rakyat Australia.

Kecederaan Sam agak teruk & doktor kata ambil masa dalam 8 bulan untuk recover. Walaupun dah recover skit tapi sebenarnya Sam mengalami Chlamydia, sejenis penyakit yang menyerang lebih kurang 50% populasi koala di Australia. Pada bulan Ogos 2008, doktor yang merawat Sam kata penyakit tu dah teruk & takleh recover. Dalam keadaan Sam menderita, diorang buat keputusan untuk put her to sleep. :(




Setelah dipersetujui pelbagai pihak, Sam telah diawet & diletakkan di Melbourne Museum untuk tatapan umum bermula pada 13/1/2010. She's now "immortal". Kat atas tu adalah gambar Sam yang telah diawet.

Aku sebenarnya agak berbelah bahagi ngan kaedah awet ni. Dari 1 pandangan, kita masih bleh tengok rupa bentuk sebenar binatang yang telah mati/pupus. So generasi akan datang akan tau/kenal/belajar. Tapi dari 1 pandangan lain plak, kaedah ni cam tak hormat the body/corpse itself. So which one are you? Hmm..

Details korang bleh klik link kat bawah ni:

Herald Sun

Timesonline

Sam The Koala

Koala Express



Rest in peace Sam. :(


Wednesday, January 13, 2010

S.A.S (SPECIAL AIR SERVICE).

1st of all thanks a lot to bro Rockaholic pasal "racun" & tolong beli untuk aku figure ni. Memang terbaik! Cukup puas hati, hehe. Dulu aku penah jumpa figure Medicom Special Force Series (MSFS) ni tapi GSG9 ja. SAS & GIGN tak penah jumpa. Ni adalah keluaran tahun 2000. Untuk yang tak tau apa itu SAS, diorang adalah pasukan anti-terrorist UK. Nak tau lebih lanjut sila Google ya. Jom layan apa yang best pasal figure ni..

Gambar kotak aku "curi" dari internet ja. Lupa nak amik gambar. :P

Front.

Back.

Close up. Gas mask with dark lenses. Creepy huh? Hehe.


Magazine pouches are molded.


Boots are molded too but details.


"Arsenal of doom". Check out them weapons! Remington shotgun, MP5K, MP5A2, Browning pistol, flashbang grenades & combat knife. MP5K can be convert to MP5K PDW but the buttstock can't be fold. All 3 buttstocks can be swap. MP5A2 can use the silencer/suppressor.


Accessories: Ladder, hooligan bar, 5 holes hood/balaclava (can fit gas mask), extra hands & watch.


Pamphlet & booklet about SAS. But all written in Japanese, haha.


"Fire in the hole!"











Aku ulang sekali lagi.. cukup puas hati! :) Kalau ada yang kata tak best, you guys should get a CAT scan la, wakakaka. :P Kualiti pakaian & jahitan sangat baik. Base body pun tight & senang berdiri. Cuma aku ja tak berani nak pose lebih2. Gas mask aku tak buka lagi. Headsculpt pun tak tau camna. Nampak agak complicated pasal tali helmet hold skali ngan gas mask. Headset pun sambung ngan Push To Talk (PTT) button & gas mask. So kesimpulannya.. aku malas nak buka, haha.

Cuma weapon ja agak oversize skit.. skit ja. Kalau compare ngan weapon Hot Toys pun saiz lebih kurang ja. Lagi pun ni adalah product tahun 2000, so kira ok la.

Actually Medicom kuarkan 3 version SAS. Aku beli yang 1st version. Lagi 2 ialah SAS 2nd version & SAS Training version. 2nd version lebih kurang ja ngan 1st version & Training version plak guna BDU color hitam.




Who Dares Wins.

Tuesday, January 12, 2010

NEW "POISON" FROM SOLDIER STORY = ARGHH!!

Dalam keadaan aku masih lagi tercari2 mana nak dapat CIA SAD Night Ops, tetiba Soldier Story (SS) dah kuar 2nd version. Masa kuar 1st version dulu aku tak menggila 1/6 lagi. Skang dah sold out la, huhu. Tapi 2nd version ni lagi best. Terbaik! Aku kalau geng Black Ops ni memang kantoi la, haha. Cakap banyak pun tak guna. Korang layan gambar yang aku amik kat website SS ni..






Nice jacket.




G36! My favourite rifle, hehe. With silencer & foregrip. :)


Remington shotgun.


Dual Berettas! Even better, haha. :D



Dah teracun ka? Kakaka. :P Banyak upgrade kali ni. Paling ketara ialah senjata. Yang 1st version rifle & pistol ja. Kali ni rifle, shotgun & 2 pistol. Uniform pun lagi best. Cuma kali ni balaclava diganti ngan triangle scarf. Tapi masih ada gambar tengkorak.

Tan (V-Storebiz) dah buat pre-order pun. Harga RM350. Memang berpatutan tu. Kuar bulan 2 atau 3. Nasib baik.. sempat saving lagi. Aku pun tengah pokai gak skang, huhu. Ini bermakna bulan depan aku kena puasa. Balik rumah nanti kena korek kabinet dapor cari balik stok makanan.. maggi, keropok, biskut.. wakakaka! :P